Thursday, May 10, 2012

Petanda Suci Selepas Haid & Nifas


Menjelang hari-hari akhir tempoh haid & nifas, warna darah haid & nifas akan beransur-ansur berubah kepada warna yang lebih cerah. Menurut jumhur ulama, terdapat dua cara untuk mengetahui dan memastikan bahawa seorang wanita itu sudah suci dari darah haid & nifas iaitu:

1.    Keluar cecair berwarna putih (Qassah al-Baidha’

Setelah warna darah telah beransur-ansur berubah menjadi warna cerah, pada hari terakhir haid, akan keluarlah sejenis cecair berwarna putih dari qubul wanita. Hal ini dibuktikan melalui hadith daripada Aisyah r.anha:

 “Beberapa wanita mengirim kain kapas berwarna kekuningan bekas darah haid. Mereka bertanya, ‘Apakah mereka sudah boleh mengerjakan solat?’ Mendengar soalan itu, Aisyah menjawab: ‘Jangan terburu-buru hingga kamu melihat cairan berwarna putih’” (Riwayat Malik)

 2.    Kering (Jaff)

Selain dari petanda keluarnya cairan berwarna putih dari qubul wanita yang suci dari haid & nifas, terdapat satu lagi petanda suci iaitu kering dari sebarang warna darah. Ia boleh diperiksa dengan memasukkan sejenis kain kapas berwarna putih ke dalam vagina. Jika tiada sebarang tanda darah yang keluar, maka wanita tersebut bolehlah bersegera mandi wajib (ghusul) dan menunaikan ibadah-ibadah yang diharamkan baginya sepanjang tempoh haid & nifas.
Dua petanda suci di atas berdasarkan hadith dan juga istiqra’ yang dilakukan pada satu-satu zaman oleh ulama mereka. Ternyata ia amat menjadi panduan kepada wanita hari ini.

Keluar Cecair Keruh atau Kuning selepas Mandi Wajib?
Wanita mesti bersegera mandi wajib sebaik sahaja mendapati dirinya telah suci dari darah haid dan nifas melalui dua petunjuk yang telah dibahaskan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan wanita yang mengalami situasi yang mana keluar pula cecair keruh atau kuning selepas wanita tersebut mandi wajib.

Dalam situasi itu, wanita tersebut tidak lagi dikira haid atau nifas kerana cecair yang keluar selepas tempoh waktu haid atau nifas tidak lagi dikira berada dalam haid atau nifas. Hal ini dipersetujui oleh para ulama berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Ummu ‘Athiyah r.anha yang bermaksud:

“Kami tidak mengira cecair keruh dan kuning yang keluar setelah berhentinya darah haid (sebagai darah haid)”  (Riwayat Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah).

Keluar Cecair Keruh atau Kuning beberapa hari sebelum haid?
Ramai juga wanita yang mengalami keluarnya cecair keruh atau kuning beberapa hari sebelum haid. Dalam kes seperti ini, wanita tersebut tidak lagi dikira haid dan dia wajib mengerjakan ibadah berdasarkan hadith Ummu ‘Athiyah di atas.

Jika seorang wanita itu keluar cecair berwarna hitam dan berbau busuk (bukan cecair keruh atau kuning) tepat dalam tempoh haidnya (sekiranya dia mempunyai adat tempoh haid), maka wanita tadi telah dikira haid. Hal ini kerana darah haid biasanya akan bermula dengan warna hitam atau merah pekat seakan-akan hitam.

Seringkali kita bertemu dengan wanita-wanita yang mengalami tempoh darah haid yang tidak teratur atau putus-putus. Insya Allah kita akan bicarakannya dalam isu akan datang.

21 comments:

  1. Kadang tu mmg confuse time yg betul betul boleh mandi hadas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena yakin+adat+tamyiz (pandai bezakan sifat darah)

      Delete
  2. asalam saya ingin bertanya jika melakukan hubungan sex pada hari terakhir haid boleh mengandung ke..?? penerangan please.. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu ovul tu... Subur sgt. InsyaAllah

      Delete
  3. Salam. Bagaimana jika Keluar Cecair Keruh atau Kuning selepas Mandi Wajib tetapi masih dlm tempoh nifas iaitu belum smpai 60 hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut adat kebiasaan puan, brp jmlah hari nifas ? jika 60hari, maka cecair keruh blh jdi nifas lagi.

      bagaimanapun, klu kita kategori keputihan mcm tu, ia adalah keputihan bkn lagi nifas.

      wallahu alam.

      Delete
    2. ikut adat kebiasaan puan, brp jmlah hari nifas ? jika 60hari, maka cecair keruh blh jdi nifas lagi.

      bagaimanapun, klu kita kategori keputihan mcm tu, ia adalah keputihan bkn lagi nifas.

      wallahu alam.

      Delete
    3. Tmpg tnye, mksud kategori keputihan tu merujuk pada org yg biasa kputihan ke? Dan wrna yg keluar semasa sdg nifas sperti wrna kputihan.yeke?

      Delete
  4. asalam saya ingin bertanya jika melakukan hubungan sex pada 2 hari sebelum haid boleh mengandung ke..?? penerangan please.. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, itulah waktu2 yg subur utk mengandung. tapi kalau darah haid kuar, tak mengandunglah...

      Delete
  5. assalam,

    sy mempunyai masalah keputihan bewarna kekuningan,jadi agak mengelirukan semasa hari terakhir haid, sekiranya pagi dah nampak warna cecair putih , tengah hari keluar kekuningan.adakah saya harus menangguh lagi mandi wajib.. sy jadi ragu bila saya boleh mandi wajib. harap dapat membantu. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjelasan dalam blog ini sgt membantu bin-sahak.blogspot.my bab toharah wanita

      Delete
  6. Salam... saya mempunyai masalah keputihan jadi pada amnya menentukan bila harus saya mandi wajib sangat sukar.... soalan saya, cecair menandakan sucinya saya dari haid adakah bewarna putih atau jernih... dan kalau putih bercampur jernih bagaimana pulak?? Kalau dia warna putih putih bukan jernih macam mana pulak? Harap admin boleh membantu kerana saya terkelirubyang teramat... resah selagi belum mandi wajib... :( harap boleh bantu segera syukran :D

    ReplyDelete
  7. Salam..sy nak tanya kemusykilan saya..saya skrg 26hari dalam pantang..semalam dah mandi wajib..lepas tu keluar cecair kekuningan/coklat muda...itu dikira darah nifas ke?cecair itu juga mempunyai sedikit bau

    ReplyDelete
  8. Sy sdh mandi wajib sblm keluar cecair putih tu.. Jadi kena mandi wajib sekali lagi ke ?

    ReplyDelete
  9. ya, mandi lagi skali stelah nmpk keluar lendir putih.

    ReplyDelete
  10. Salam..saya sudah 44hari berpantang.tetapi masih keluar cecair berwarna kuning kehijauan?kadang2 keluar dengan banyak kadang2 sesikit..adakah itu masih dikira darah nifas atau tidak?mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  11. Saya nak tanya. Sebab saya keliru. Kalau cecair kuning yang keluar dalam tempoh haid 14 hari tu. Dikira haid. Atau saya dah boleh mandi wajib?

    ReplyDelete
  12. Saya nak tanya. Sebab saya keliru. Kalau cecair kuning yang keluar dalam tempoh haid 14 hari tu. Dikira haid. Atau saya dah boleh mandi wajib?

    ReplyDelete
  13. As salam..puan
    saya dh 2x mandi wiladah,selepas 44 hari saya mandi dn solat.selepas beberapa hari kluar lg skit cecair kuning tu keluar selang beberapa hari lg..perlu saya tunggu 60 hari?..sb deliver anak2 sebelum ini..rasanya lepas pantang saya terus mandi dan solat dn x keluar apa2 lg..TKasih

    ReplyDelete
  14. As salam..puan
    saya dh 2x mandi wiladah,selepas 44 hari saya mandi dn solat.selepas beberapa hari kluar lg skit cecair kuning tu keluar selang beberapa hari lg..perlu saya tunggu 60 hari?..sb deliver anak2 sebelum ini..rasanya lepas pantang saya terus mandi dan solat dn x keluar apa2 lg..TKasih

    ReplyDelete