Thursday, May 10, 2012

Solat & Wuduk Wanita Yang Bermasalah Keputihan


Keputihan bagi kaum Hawa bukanlah suatu fenomena yang asing dalam kehidupan seharian mereka. Hampir setiap wanita mengenali sejenis cecair atau lender yang keluar dari vagina mereka. Jika direnungi, sebenarnya keputihan ini menjadi salah satu bukti keunikan penciptaan Ilahi dari segi perbezaan kejadian kaum wanita dari kaum lelaki. Bagaimanapun, isu keputihan dan kelembapan faraj ini perlu ditangani dengan baik kerana wanita yang mengalami masalah keputihan ini perlu mengetahui serba sedikit tentang hukum-hakam keputihan kerana apa yang pasti ia bukan sahaja melibatkan bab kebersihan diri wanita tersebut tetapi ia melibatkan hukum ibadat seseorang wanita. Mari kita mengenali apakah itu keputihan? Wujudkah perbincangan mengenainya di kalangan para ulama mahupun saintis?

Apa itu Keputihan dari segi Saintifik?

Keputihan atau nama Saintifiknya, Fluor Albus atau Leukore ialah suatu kondisi apabila sejenis cairan atau lendir yang berlebihan keluar dari vagina wanita. Dalam bahasa Inggeris, menerusi jurnal Medscape General Medicine dalam lawan sesawangnya mencatatkan keputihan mempunyai beberapa istilah seperti vagina, vaginal discharge, secretion, odors, discharge, pruritus, normal, irritation, itch, physical examination, healthy, asymptomatic, quantity dan physiology.

Jenis-jenis keputihan dari Sudut Saintifik

Keputihan terbahagi kepada dua jenis;-

Jenis–Jenis Keputihan
Ciri-ciri
Waktu keputihan keluar dari vagina
Keadaan Wanita
Kesan kepada Kesihatan
1.     Keputihan normal (fisiologis)
Secara umumnya, keputihan ini biasa dialami oleh semua wanita. Ciri-cirinya tidak berbau, berwarna jernih seperti air, tidak gatal dan tidak banyak.
-      Sebelum dan selepas waktu haid.
-      Sewaktu berlaku ransangan seksual
-      Sewaktu mengandung
-      Kepenatan fizikal atau stress.
Tidak memberi kesan psikologi atau ketidakselesaan kepada wanita.
-       Tidak member apa-apa kesan buruk kepada kesihatan.
2.     Keputihan abnormal (patologis)

Secara umunya, warna keputihan sudah berubah menjadi keruh, berwarna kekuningan, kelabu dan hijau lumut. Baunya busuk dan hanyir. Keluar dalam jumlah yang banyak. Kadang-kadang keluar seperti air kencing disebabkan terlalu banyak.
-       Bila-bila masa sahaja terutama apabila tidak menjaga kebersihan, stress, keletihan fizikal.
Wanita berasa amat tidak selesa dengan kewujudan keputihan abnormal
-       Boleh berlaku radang pada saluran pundi kencing dan kegatalan pada sekitar vagina. Hal ini boleh menyebabkan kawasan vagina luka apabila gatal.

Cecair-cecair yang Keluar dari Qubul (Vagina) Wanita pada Pandangan Syariah.
Secara ringkasnya, keputihan boleh didefinasikan sebagai cecair berlebihan yang dirembes dari sistem peranakan perempuan akibat berlakunya perubahan hormon dalam badan wanita. Selain daripada darah haid, darah nifas dan darah istihadhah yang kelaur dari tubuh badan wanita, setelah penelitian dibuat dari segi pembacaan, survey dan pengalaman, boleh disimpulkan hampir semua wanita mengalami cecair-cecair yang keluar dari qubul mereka seperti yang tertera di bawah:-


ISTILAH CECAIR
HURAIAN SIFAT CECAIR
JALAN KELUAR CECAIR
1.    Qassah al-baidha’:
Sebahagian ulama mengatakan ianya cecair putih yang keluar pada hari-hari akhir haid.
Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)
2.    Kudrah:
Sejenis cecair berwarna keruh atau mungkin kalau boleh dikatakan ianya berwarna koko. Kadangkala keluar sebelum atau selepas haid.
Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)
3.    Sufrah:
Cecair yang berwarna kuning. Kadangkala keluar sebelum atau selepas haid.
Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)
4.    Kelembapan faraj (Rutubah al-faraj):
Jika diletak kain, akan kelihatan sedikit cecair yang melembapkan kawasan faraj. Kejadiannya ada hikmah yang tersendiri pada pandangan sains seperti mengekalkan sifat ekosistem faraj yang neutral. Ia tidak berbau.
Berada pada bibir faraj ataupun dinamakan vulva. Kewujudannya pada wanita umpama peluh pada badan atau air liur yang sentiasa ada. Cecair inilah yang dinamakan keputihan mengikut istilah orang awam apabila ia dirembeskan secara berlebihan dan berubah sifat-sifatnya.
5.    Wadi:
Lendir putih yang keluar setelah kencing atau keletihan yang amat sangat akibat bekerja dan sebagainya.
Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)
6.    Mazi:.
Lendir seperti air yang sangat jernih seperti air biasa tetapi ia likat sedikit yang keluar dari faraj wanita apabila teransang syahwatnya
Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)
7.    Mani:
Lendir lembut berwarna putih atau kuning yang keluar ketika kemuncak syahwat saat bersetubuh. Mani tidak membatalkan wuduk walaupun ia keluar dari vagina.
Keluar dari dalam faraj (pangkal rahim atau dinamakan cervix)

Solat wanita yang keputihan terus-menerus
Bagi wanita yang mengalami keputihan yang sentiasa keluar, ia sudah dikategori sebagai abnormal dan berpenyakit. Justeru, hukum ke atasnya juga berbeza dengan wanita yang keputihan normal. Hukumnya sama sahaja dengan orang yang tidak lawas kencing dan juga mudah terkeluar angin. Jika keadaannya begini, sebaik sahaja azan, wanita yang keputihan abnormal mestilah membersihkan farajnya, berwuduk, memakai apa jenis pembalut atau dengan kata lain, mungkin memakai tisu, pad, kain atau panty liner khusus buat orang yang mengalami keputihan, kemudian terus mengerjakan solat (al-Fatawa al-Jaam’ah li Mar’ah al-Muslimah). Jika keputihan terkeluar sewaktu kita solat, maka itu tidak mengapa kerana ia di luar kawalan kita. Itulah sebabnya wanita seperti ini mempunyai hukum yang berbeza dari wanita-wanita biasa.
Adakah Keputihan itu najis?
Terdapat 2 pendapat berhubung persoalan pokok di atas. Adakah keputihan yang dialami oleh wanita itu najis atau tidak?
1.    Jika keputihan/lembapan itu didominasi oleh air peluh, maka ia adalah bersih dan tidak dihukum najis (efiqh.mymkkk.org). Berdalilkan peluh itu tidak najis. Daripada Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Muslim:
“Baginda Nabi masuk kepada kami dan tidur qailulah. Baginda berpeluh ketika tidur. Maka ibu ku datang dengan membawa bekas lalu menadah peluh baginda ke dalam bekas tersebut. Baginda Nabi terjaga dan berkata: Wahai Umma Sulaim, apa yang sedang engkau lakukan. Dia menjawab: Ini peluh mu. Kami ingin menjadikannya ia minyak wangi kami dan ia merupakan sebaik-baik wangian.” (Sahih Muslim)
Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitabnya al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah mengatakan cairan atau lembapan yang wujud pada kawasan yang zahir iaitu pada dua bibir faraj itu bersih.
2.     Jika keputihan/lembapan itu didominasi oleh cecair-cecair yang berlebihan yang keluar dari faraj samada pangkal rahim (cervix), rahim (uterus) atau faraj (vagina), maka ianya lebih condong kepada najis. Ia berdasarkan kaedah umum para ulama: Setiap benda yang mengalir di dalam tubuh benda hidup, hukumnya najis. Seumpama darah, muntah, kencing dan lain-lain”. Bagaimanapun, sekiranya keputihan itu hanya benar-benar dipanggil najis apabila ia berpindah dari tempat asalnya iaitu dari dalam faraj kepada luar faraj. Selagi ia masih berada di dalam faraj, ianya tidak lagi digelar najis. Jadi, apabila keputihan/lembapan terembes secara berlebihan sehingga berubah ciri-cirinya daripada cecair jernih yang biasa kepada cecair yang keruh seperti kelabu, hijau atau kuning, berbau dan adakalanya berketul-ketul likat yang puncanya dari dalam faraj, maka ianya dihukum najis (al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah ‘ala mazhab al-Imam al-Syafi’e, jld 1, hlmn 42-43). Ketika inilah, wajib seseorang wanita itu memperbaharui wuduknya.
Pesanan daripada penulis, kepada setiap wanita yang mengalami keputihan abnormal, usah malu untuk berjumpa dengan doktor. Segera dapatkan rawatan untuk penyakit keputihan abnormal kerana mengikut para doktor, sekiranya tidak diubati, ia mungkin menyebabkan radang pada faraj dan pelbagai masalah lain lagi bakal timbul. Jagalah kesihatan anda agar dapat beribadat dengan lebih sempurna.  
Penutupnya, penulisan ini dibentangkan mengikut pendapat-pendapat yang diambil dari ulama bermazhab syafie untuk memudahkan masyarakat terutamanya di Malaysia beramal memandangkan masyarakat di Malaysia mengikut mazhab syafie yang amat terkenal dengan ketegasan dan ketelitian al-Imam al-Syafie dalam hukum-hakam dalam perkara ibadat. Bagaimanapun, amat digalakkan kepada pembaca-pembaca membuat kajian dan penelitian berdasarkan ilmu bukan taklid atau ikutan semata-mata. Semoga ia berbuah pahala berganda dan redha Ilahi. Penulis terbuka kepada perbincangan dan teguran yang membina daripada para alim-ulama dalam usaha menjaga khazanah hukum-hakam Islam tetap terpelihara.   
Zizi Azlinda Mohd Yusof 

25 comments:

  1. Assalamualaikum.. sye mengalami mslh keputihan n juga keluar angin dr bhgn tersebut.. sye sentiasa renew wuduq sye untk solat.. dlu sye xtahu kalau kuar keputihan n kuar angin dr hdpn batal wuduq.. skrg dsebabkan ia sering berlaku maka saya tidak solat teraweh.. sye takoy jd begitu dan jika sye solat myukarkan kerana pelu ke tnds 4-5 kali utk renew wuduq.. bagaimana situasi sya ini ... bagaimana sya bole buat teraweh 8 rakaat n 3 witir.. harap saudari dpt reply ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm..kalo kluar angin dri depan..batal yeh..sye tngok video uai..die kate x batal..

      Delete
  2. Assalamualaikum, setahu sy klu solat sunat brape rakaat pun x pe. Walaupun kite basuh skali shj... Wallahualam...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.
    Sy baru bersalin, dan sekarang hari ke 51, sudah tamat tempoh pantang. Darah nifas yg bewarna merah serta berlendir sudah habis keluar, tetapi masih ada lendiran jernih (menjadi hijau apabila kering) pula keluar. Ia bukan lah lendir seperti yg biasa keluar jika tidak haid dan berbau sedikit busuk. Adakah nifas sy sudah berhenti Dan bolehkah sy bersolat?

    ReplyDelete
  4. Dalam faraj tu bahagian mana?

    ReplyDelete
  5. Saya mengalamu keputihan sejak kebelakangan ini.Apakah faktor penyebab keluarnya keputihan? Adakah disebabkan tekanan emosi,pmakanan atau sebagainya..?Satu lagi soalan saya, jika saya mengalami keputihan..sedangkan saya sudah berwuduk..dan saya harus mengambil wuduk semula.adakah saya perlu menukar pakaian yang terkena cecair keputihan tersebut ?

    ReplyDelete
  6. Asslmlkm,saya mmpuyai masalah keluar angin di bahagia hadapn smnjak mlhrkn ank,sy dmklumankn perlu pakai pntiliner seblm wudhuk dn segera solat, dan perlu memperbaharui wudhuk tiap kali solat frdhu, bagaiman pula dgn solat2 sunat dan jika sya qada solat? Perlukh saya mmprbhrui wdhuk?

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum warahmatullah. Saya ada beberapa soalan yg membingungkan saya selama ni. Sekiranya saya mengalami keputihan normal, tetapi ianya berbau dan terkena pada pakaian dalam saya adakah sah untuk dibawa solat ?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, sy ada pertanyaan. Lazimnya sebelum kedatangan darah haid, seseorang wanita itu akan ada mengalami keputihan selam 2-3 hari dan ianya normal menurut pd sudut kedoktoran. Soalan sy, adakah waktu itu, wanita ini masih boleh bersembahyang, atau ia sudah dikira berada didalam keadaan hadas besar? Bagaimana pula kalau.keputihan yg dtg itu ianya sama seperti darah haid iaitu keluar tanpa dpt dikawal dan dlm keadaan yg agak byk sehingga perlu.memakai pelapik. Adakah ia dikira dlm keadaan berhadas besar?

    ReplyDelete
  9. salam. wanita yang didatangi keputihan samada banyak atau sedikit jumlahnya, boleh solat dan puasa seperti biasa lagi. tetapi, mesti pakai pelapik/pad sebelum solat. wanita begini jatuh dalam hukum berpenyakit seperti kencing x lawas, selalu kuar angin dan juga istihadah.

    ReplyDelete
  10. Dieana Ibgdrgn: tak batal solat walaupun angin keluar semasa solat sebab mereka dikategori sebagai berpenyakit. namun, sebaik sahaja selesai solat, dikira batal dan kena amik wuduk baru utk solat.

    ReplyDelete
  11. keputihan atau dalam bahasa sains kita panggil candida. ia normal bagi wanita tetapi ia mesti dirawat kerana ia disebabkan bakteria. faktor utama juga adalah disebabkan pemakanan kita. bakteria jenis ini sangat suka benda manis. makin kita makan manis, makin dia jadi teruk. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  12. solat sunat boleh dilakukan seperti biasa bagi yang keputihan terutama solat sunat sebelum dan solat sunat selepas, solat sunat wuduk.

    begiu juga solat qada'. habis solat qada' dikira batal. wallahualam.

    ReplyDelete
  13. Anonymous: mazhab hanafi berpendapat sah solat meskipun keputihan. namun, tulisan saya di atas berdasarkan sedikit kajian sains. jadi, saya lebih memilih pendapat mengatakan keputihan itu najis dan tidak sah solat jika pakaian terkena najis. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum,,,saya berumur 16 tahun...dan saya dah mengalami keputihan daripada saya mula mula ma'zurah....sampai sekarang...bagaimana saya nak solat 5 waktu jika masalah keputihan saya terus keluar,,,sebab saya baru dapat tahu jenis keputihan saya jenis abnormal....bagaimana saya nak lakukan???mohon penjelasan dari akak ye.... :) :)
    allahu....

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam, kebetulan sy singgah disini, jadi utk pertanyaan di atas tntg masalah keputihan. Lebih baik saudari pakai pantyliner, kalau nak solat tukar dan basuh anggota tersebut. Prof pernah cakap kt sye, kalau contoh kita takde pantyliner ke, kita juz pakai seluar dalam, nanti sbelum solat, buka dan basuh tempat keluar keputihan tu, jgn pakai seluar dlm yg ade keputihan tu dlm solat, lepas solat pkai balik, tpi agak susah sbb asyik kena ke tandas setiap kali sebelum dan slepas solat. Make sure basuh, sbb nk solat kena bersih. Tambahan, adik boleh cuba try produk utk wanita, produk utk mencuci bahagian tersebut, ade jual bnyak cuma kena pandai pilih la yea, sebaiknya ambil yg herbal wash punya, mungkin dpt membantu, klau dah cuba ikhtiar tpi tak boleh, dan keputihan tu still keluar masa tgh solat, xleh nk buat ape lah, sbb diluar kemampuan kita. Utk pertanyaan yg lebih jelas, cuba tnya ustazah.. bende ni pnting tau. Moga dpt menjawab persoalan adk, sy ni bukan pemilik blog, tpi tergerak hati utk share ape yg sy tahu. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  16. sebenarnya, masalah keputihan ini berpunca dari cara pemakanan kita dan juga cara penjagaan kebersihan alat sulit kita. org yg keputihan sgt tidak boleh makan maknan yang ada gula putih. boleh cari gula perang, stevia atau molasses untuk ganti gula putih. tak boleh makan biskut2 manis, air2 yang macam2 di restoran yg sedap tu..sbb yis kat dalam vagina sangat suka manis. dan amalkan diet probiotic. boleh google mcammna diet probiotoc. wallahualam.

    ReplyDelete
  17. x apa klu keputihan keluar time solat (jika wanita tersebut dikategori sbg keputihan abnormal). tapi, utk solat fardu seterusnya, kena perbaharui wuduk balik tapi sebelum tu, kena bersihkan tempat keluar keputihan tu bersih2.

    ReplyDelete
  18. Saya mengalami keputihan ..nk kata byk ,tk byk sgt , tetapi ia tk berbau ..kekadang saya tengah duduk tk buat apa apa pun dia keluar jgk...klau keputihan seperti ni adakah najis dan macam mna nk tahu dia keluar dari faraj atau tak ? Maaflh tanya soalan seperti ni , saya confuse..:)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum puan. Bermakna utk tmpt yg keluar keputihan itu dibersihkan maka tmpt yg terkena keputihan iaitu seluar dalam perlu dibersihkan juga ye?????

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum puan. Bermakna utk tmpt yg keluar keputihan itu dibersihkan maka tmpt yg terkena keputihan iaitu seluar dalam perlu dibersihkan juga ye?????

    ReplyDelete
  21. minta maaf lama tak respon. saya tak sangka ramai wanita2 yang sgt eager utk menggali ttg masalah keputihan. kepada puan yang bertanya macam mana nak tahu itu keputihan atau tidak...spt dlm yg saya tulis dalam artikel di atas, keputihan ini ciri2nya kaler putih, berbau atau tidak bergantung pada tahap kritikal keputihan itu. biasa klu kaler dah bertukar kpd hijau atau perang, akan ada bau. berdasarkan kpd situasi puan iaitu tgh duduk pun boleh terkeluar, itulah keputihan. tetapi kalau tiada kaler putih dan bila kita check, hanyalah cecair yang tiada kaler, dalam kitab fiqah, ulama menamakannya sebagai rutubah atau maksudnya kelembapan. kelembapan itu tidak najis. ia normal dan perlu bg vagina. kalau ada kaler spt kaler kertas A4 tu, sahihlah itu keputihan.

    ReplyDelete
  22. Nur Hanis Bt Meor: Ya, betul. vagina kita mesti dibersihkan dan seluar dalam pun kena bersih sebab syarat sah solat ialah suci dari najis. tapi slps pakai pelapik/pad/seluar dalam bersih, dikira sah solat walaupun terkeluar kelputihan tersebut krn ia sudah dikira berpnyakit dan di luar kawalan kita. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  23. Kalau nak solat terawih macam mana, perlu ke 4@5 kali ambil wuduk (8 rakaat terawih, 3witir) Perlu ke selepas solat isyak mengambil wuduk semula untk solat terawih atau teruskan sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud saya utk sesiapa yg mengalami keputihan normal

      Delete