Monday, July 16, 2012

Lengan Wanita Itu Aurat dan Penyelesaiannya


                                       Hamba yang tekun beragama memelihara auratnya dengan cemerlang:)

Jadi adakah jalan alternatif yang memenuhi perintah wajib menutup aurat ini? Jawapannya, Ya, ada. Saya ada pilihan yang menarik untuk kaum wanita yang begitu tekun memelihara perintah agama ini. Sila lihat di bawah.

KOD ISC Sunflower 01

Brand: Rana
Asal dari: Syria
Saiz: Melebihi sedikit aras siku
Warna: Hitam
Ciri-ciri:
1) Kainnya selesa dipakai
2) bersangkut di jari
3) bercorak jaring pada pergelangan tangan dan siku
4) tidak melorot jatuh dan menampakkan aurat sekitar pergelangan tangan. 
Harga: RM7
Harga postage: Ikut berat. (Under 2kg : RM7) 


KOD ISC Carnation 02


Brand: Rana
Asal dari: Syria
Saiz: Melebihi sedikit aras siku
Warna: Hitam
Ciri-ciri:
1) Kainnya selesa dipakai
2) bersangkut di jari
3) bercorak biasa pada pergelangan tangan dan siku
4) tidak melorot jatuh dan menampakkan aurat sekitar pergelangan tangan. 
Harga: RM7
Harga postage: Ikut berat. (Under 2kg : RM7) 


KOD ISC Jasmine 03
Brand: Rana
Asal dari: Syria
Saiz: Melebihi sedikit aras siku
Warna: Hitam
Ciri-ciri:
1) Kainnya selesa dipakai 
2) Sesuai untuk wanita yang gemar kain tebal (kerana jenis 'Jasmine' agak tebal)
3) bersangkut di jari
4) bercorak jalur kedut-kedut memanjang
5) tidak melorot jatuh dan menampakkan aurat sekitar pergelangan tangan. 
Harga: RM7
Harga postage: Ikut berat. (Under 2kg : RM7) 



KOD ISC Carnation 04

Brand: Al-Kawthar
Asal dari: Syria
Saiz: Melebihi sedikit aras siku
Warna: Hitam
Ciri-ciri:
1) Kainnya selesa dipakai
2) bersangkut di jari (beza dari CARNATION 02 ialah di sini. Carnation 04 agak ke bawah sedikit penyangkut ibu jarinya:)
3) bercorak biasa pada pergelangan tangan dan siku
4) tidak melorot jatuh dan menampakkan aurat sekitar pergelangan tangan. 
Harga: RM7
Harga postage: Ikut berat. (Under 2kg : RM7) 

Jangan tunggu lama-lama menutup aurat, nanti lama-lama disambar api neraka jika masih pertahankan kerajaan 'malas'atau 'ego' atau 'tunggu seru' dahulu...Na'uzubillah!

Tuesday, July 10, 2012

Sibghah Allah (Celupan Allah)


Juz to share and practice it!
Faithful Love: Akak, kita perlu ada added value lagi kot.
Contoh dialog,
Ummi: 'Ni tangan siapa?'
Anak: 'Tangan saya?'
Ummi: 'Siapa bagi tangan ni?'
Ummi dan Anak, jawab sama2 jika belum pernah memberitahunya: "Allah"
Jadi kita jelaskan bahawa Allah yang bagi tangan ni dan nak tangan ni jadi baik/buat perkara2 yang baik. Allah berhak mengambilnya bila2 masa..
waAllahu'alam.
Ape pendapat akak?
Zizi Azlinda: betul2x...setuju sgt...apa yg nak dikongsikan ialah,kdg2 ramai atr kita wlupun ada tarbiah islam, masih terlupa didik anak2 dgn sabar dan memahami dev. stage mrk...jadi, brgsiapa yg ketemu AL-HIKMAH, maka kutiplah dan ambillah (spt hadis Nabi SAW), cuma kelebihan org yg disentuh dgn tarbiah, selitkan dan celuplah anak2 kita dgn sibgah Allah.bukan sahaja konsep tarhib tapi targhib.
 Faithful Love: Akak lupa ape maksud 'tarhib' dan 'targhib'...
Zizi Azlinda: tarhib = ancaman (Allah berhak mengambilnya bila2 masa)
targhib = galakan (Allah yang bagi tangan ni dan nak tangan ni jadi baik/buat perkara2 yang baik) ...(mcm cont yg anti bagi tadi...)
Faithful Love Ok tq..hehe tak tahu pulak ade 'term' tertentu.. JazakLlahukhair.

Masih Mengenai Tantrum

Photo: MASIH MENGENAI TANTRUM

Salam semua, 

Alhamdulillah, ibu diberi Allah lima orang anak-anak yang baik dan cucu-cucu yang comel. Anak-anak ibu sudah besar dan ada yang sudah beranak. Anak nombor dua, Shaimaa', mengambil kursus Montessori dan banyak ilmu yang diraihnya dari kursus itu yang boleh digunapakai dalam pendidikan anak-anak. 

Namun apa yang lebih berharga ialah sebenarnya, semasa berusia 14 tahun lagi, dia sudah menjadi seperti ibu kepada anak ibu yang kelima. Dia banyak mengambil alih penjagaan adiknya kerana ibu sibuk dengan urusan kerja.

Sifat keibuannya dan kematangannya telah banyak membantu ibu. Di bawah ini ibu sertakan inputnya mengenai tantrum ini. 

Sememangnya, ibu sangat kagum melihat cara dia membesarkan anaknya seorang yang sangat kuat semangat, aktif, tak menang tangan menjaganya : ). 

Pendekatan Shaimaa'  penuh kasih-sayang, kelembutan yang tegas, kefahaman yang dalam mengenai psaikologi anak-anak, sabar, tegas dan bijak. Adakalanya, ibu boleh terkedu dengan kebijaksaannya mengayakan anaknya supaya mengikut saranannya.

 Ibu ingin menyarankan anda membaca penulisan beliau di sini. Sedikit panjang, namun, sangat berguna untuk ibu bapa muda terutamanya. It is a writing worth reading - love you! TQ my dear Shaimaa'.

====================================

Good one, mummy! ♥ Very very good information tentang cara handle tantrum.
Izinkan saya berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan lain, harap ia sedikit-sebanyak dapat memberi idea dan membantu :-) Beberapa hari lepas apabila anak saya berusia 3 setengah tahun mula melibas2 tangannya as if nak pukul something or anyone yang dekat dengan dia, saya ambil n peluk dia n coached her to breath slowly... bila dia dah reda, saya dudukkan dia di sebelah saya. Muka dia jelas takut n kesal atas perbuatan dia. Saya pegang kedua-dua tangannya dan suruh dia melihat tangannya. Saya tanyakan kepada dia, "Tangan siapakah ini?" dia jawab "tangan saya" kemudian saya lakukan yang sama tentang kakinya. Kemudian saya menjelaskan kepadanya bahawa tangan dan kaki dan seluruh anggotanya adalah milik dia. Jadi, dia mampu mengawal dan mengajar anggotanya. Dan saya beritahu dia, selepas ini mungkin tangan dan kaki akan rasa seperti hendak memukul lagi, jadi, bila dia terasa seperti tangannya hendak memukul lagi, katakan pada tangannya yang dia sayangkan tangan, dan ingin membuat perkara baik2 sahaja menggunakan tangan (seolah-olah ketika bercakap dengan orang lain). Then I sealed the advice with tender kisses on her little hands. Dan selang beberapa hari apabila dia hampir memukul sepupunya, saya terus tarik dia ke tepi dan menyuruhnya duduk di tempat lain dan beritahu tangannya yang dia tidak mahu memukul sepupunya... Alahmdulillah, ia berjaya.
Dalam topik tantrum di dalam bukunya, Dr. Penelope Leach mengatakan bahawa children yg tantrum sebenarnya tak berdaya mengawal perbuatan mereka semasa tantrum itu berlaku. Dan ini membuatkan mereka takut dengan diri mereka. Mereka takut dengan raksaksa yang ada dalam diri mereka yang mereka tidak mampu kawal. Itu sesuatu yang amat penting untuk kita sebagai ibu-bapa ingat, supaya tidak menjadi emosional dengan keributan yang anak kita alami. Bila kita betul2 faham situasi ini, kita takkan mudah melenting. Jadi sebagai ibu bapa, kita boleh membantunya dengan 2 langkah penting. Pertama, ketika dia sedang tantrum, kawal keadaan itu (seperti yang dikongsi oleh Ibu Rose) supaya dia tidak sempat melakukan kerosakan atau kesakitan pada orang, barang & persekitarannya. Ini penting supaya apabila dia reda, tiada sisa tantrum yang dia boleh nampak. Kerana jika dia nampak hasil kerosakan dari tantrumnya, ia menjadi bukti pada dirinya bahawa diri dia itu merbahaya. Langkah kedua, latih/ajar dia untuk mengawal tindakannya. Salah satu caranya ialah seperti yang saya kongsikan tadi. Saya sengaja memegang tangan dan kakinya dan buktikan pada dia bahawa itu milik dia. Dan apabila dia tahu itu milik dia, bererti dia berkuasa / berdaya mengawalnya. Ini adalah langkah kritikal kerana apabila dia faham bahawa dia adalah 'ketua' kepada anggota badannya, akan hilang rasa takut itu. Langkah ini mungkin perlu dilakukan berulang kali, dengan penuh hemah. Gunakan bahasa yang dia mudah faham. Gunakan analogi2 yang dia boleh kaitkan. Dan apabila tantrum mula berlaku, terus dakap anak itu dan ingatkan dia untuk mengingatkan anggotanya untuk lakukan perkara baik.
Harap perkongsian ini membantu. Sama-samalah kita doakan semoga anak-anak kita cemerlang dunia & akhirat... Amiin... ♥
Salam semua,

Alhamdulillah, ibu diberi Allah lima orang anak-anak yang baik dan cucu-cucu yang comel. Anak-anak ibu sudah besar dan ada yang sudah beranak. Anak nombor dua, Shaimaa', mengambil kursus Montessori dan... banyak ilmu yang diraihnya dari kursus itu yang boleh digunapakai dalam pendidikan anak-anak.

Namun apa yang lebih berharga ialah sebenarnya, semasa berusia 14 tahun lagi, dia sudah menjadi seperti ibu kepada anak ibu yang kelima. Dia banyak mengambil alih penjagaan adiknya kerana ibu sibuk dengan urusan kerja.

Sifat keibuannya dan kematangannya telah banyak membantu ibu. Di bawah ini ibu sertakan inputnya mengenai tantrum ini.

Sememangnya, ibu sangat kagum melihat cara dia membesarkan anaknya seorang yang sangat kuat semangat, aktif, tak menang tangan menjaganya : ).

Pendekatan Shaimaa' penuh kasih-sayang, kelembutan yang tegas, kefahaman yang dalam mengenai psaikologi anak-anak, sabar, tegas dan bijak. Adakalanya, ibu boleh terkedu dengan kebijaksaannya mengayakan anaknya supaya mengikut saranannya.

Ibu ingin menyarankan anda membaca penulisan beliau di sini. Sedikit panjang, namun, sangat berguna untuk ibu bapa muda terutamanya. It is a writing worth reading - love you! TQ my dear Shaimaa'.

====================================

Good one, mummy! ♥ Very very good information tentang cara handle tantrum.
Izinkan saya berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan lain, harap ia sedikit-sebanyak dapat memberi idea dan membantu :-) Beberapa hari lepas apabila anak saya berusia 3 setengah tahun mula melibas2 tangannya as if nak pukul something or anyone yang dekat dengan dia, saya ambil n peluk dia n coached her to breath slowly... bila dia dah reda, saya dudukkan dia di sebelah saya. Muka dia jelas takut n kesal atas perbuatan dia. Saya pegang kedua-dua tangannya dan suruh dia melihat tangannya. Saya tanyakan kepada dia, "Tangan siapakah ini?" dia jawab "tangan saya" kemudian saya lakukan yang sama tentang kakinya. Kemudian saya menjelaskan kepadanya bahawa tangan dan kaki dan seluruh anggotanya adalah milik dia. Jadi, dia mampu mengawal dan mengajar anggotanya. Dan saya beritahu dia, selepas ini mungkin tangan dan kaki akan rasa seperti hendak memukul lagi, jadi, bila dia terasa seperti tangannya hendak memukul lagi, katakan pada tangannya yang dia sayangkan tangan, dan ingin membuat perkara baik2 sahaja menggunakan tangan (seolah-olah ketika bercakap dengan orang lain). Then I sealed the advice with tender kisses on her little hands. Dan selang beberapa hari apabila dia hampir memukul sepupunya, saya terus tarik dia ke tepi dan menyuruhnya duduk di tempat lain dan beritahu tangannya yang dia tidak mahu memukul sepupunya... Alahmdulillah, ia berjaya.
Dalam topik tantrum di dalam bukunya, Dr. Penelope Leach mengatakan bahawa children yg tantrum sebenarnya tak berdaya mengawal perbuatan mereka semasa tantrum itu berlaku. Dan ini membuatkan mereka takut dengan diri mereka. Mereka takut dengan raksaksa yang ada dalam diri mereka yang mereka tidak mampu kawal. Itu sesuatu yang amat penting untuk kita sebagai ibu-bapa ingat, supaya tidak menjadi emosional dengan keributan yang anak kita alami. Bila kita betul2 faham situasi ini, kita takkan mudah melenting. Jadi sebagai ibu bapa, kita boleh membantunya dengan 2 langkah penting. Pertama, ketika dia sedang tantrum, kawal keadaan itu (seperti yang dikongsi oleh Ibu Rose) supaya dia tidak sempat melakukan kerosakan atau kesakitan pada orang, barang & persekitarannya. Ini penting supaya apabila dia reda, tiada sisa tantrum yang dia boleh nampak. Kerana jika dia nampak hasil kerosakan dari tantrumnya, ia menjadi bukti pada dirinya bahawa diri dia itu merbahaya. Langkah kedua, latih/ajar dia untuk mengawal tindakannya. Salah satu caranya ialah seperti yang saya kongsikan tadi. Saya sengaja memegang tangan dan kakinya dan buktikan pada dia bahawa itu milik dia. Dan apabila dia tahu itu milik dia, bererti dia berkuasa / berdaya mengawalnya. Ini adalah langkah kritikal kerana apabila dia faham bahawa dia adalah 'ketua' kepada anggota badannya, akan hilang rasa takut itu. Langkah ini mungkin perlu dilakukan berulang kali, dengan penuh hemah. Gunakan bahasa yang dia mudah faham. Gunakan analogi2 yang dia boleh kaitkan. Dan apabila tantrum mula berlaku, terus dakap anak itu dan ingatkan dia untuk mengingatkan anggotanya untuk lakukan perkara baik.
Harap perkongsian ini membantu. Sama-samalah kita doakan semoga anak-anak kita cemerlang dunia & akhirat... Amiin... ♥

Anak-anak dan Tantrum

Wahai ibu bapa di luar sana (terutama yang muda)...tambahkan ilmu ttg psychology anak2 n fahami stage of development anak2..necsaya kita pasti lbh menyayangi dan menhargai kewujudan zuriat pewaris kita. Info kali ini berkenaan didikan anak-anak. Diperolehi dari facebook Prof. Dr. Rozieta Shaary.
Photo: Tantrum:

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar.  Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
 
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Salam kasih,

Ibu Rose
Tantrum:

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar.... Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Salam kasih,

Ibu Rose

Sunday, July 8, 2012

Marhaban Ya Ramdhan!!!




Suatu petang di sebuah cafeteria university tempatan di Malaysia. 
Pelajar A: Eei seronoknyer lagi sehari nak balik,rindunyer nak rase masakan mak….hmm...best nyer xyah g kelas hari jumaat….
Pelajar B:  Eh awak ni fikir balik je...assignment dah siap ke...presentation dah ready ke...test berlambak2 ni, xsempat eh nak fikir pasal balik…
Pelajar C: Eh korang..sedar tak sedar lagi berapa hari kita nak puasa kan….ape khabar dengan persiapan kita..? Asyik duk sibuk dengan hal dunia je….sedangkan bulan nilah peluang kita nak gandakan pahala dan hapus dosa…..
Bulan Sya'ban kian melabuhkan tirainya. Ramadan Kareem bakal menjelang tiba. Bagaimana dengan perasaan kita, persiapan kita dan segala-galanya tentang diri kita dan famili kita dalam menyambut Ramadhan yang melimpah-limpah dengan rahmat, keampunan dan keberkatan-Nya? Jika di Facebook, blog dan website, selalu dan rajin kita update status, bagaimana pula dengan status diri kita menyambut Ramadhan? 

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (QS Al Baqarah 2:183)

Rasulullah bersabda: “Hai manusia, telah menjelang kepada kalian bulan yang sangat agung yang penuh dengan barokah, yang di dalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan di mana yang Allah telah menjadikan puasa di dalamnya sebagai puasa wajib, qiyamullailnya sunnah, barangsiapa yang pada bulan itu mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu kebaikan, nilainya seperti orang yang melakukan amalan wajib tujuh puluh kali pada bulan lainnya…” (HR. Ibnu Hujaimah, beliau berkata: hadits ini adalah hadits shahih)

Sedar tak sedar hampir beberapa hari lagi Ramadhan Al-Mubarak bakal menjengah. Macam mana dengan persiapan kita menyambut bulan yang melimpah-limpah barakahnya?
            Tatkala manusia disibukkan dengan hal-hal duniawi, pelajar2 dihambat oleh exam, qiuzzes, assignment, presentation dan persatuan2, syaitan telah mengerahkan seluruh daya upaya mereka menutup mata hati kita dari menembusi rahmat dan maghfirah Syahru Ramadhan ini.
            Kita amat perlukan Ramadhan lantaran banyaknya dosa2 kita yang kita galas. Di bulan Taubat inilah, pintu taubat terbuka seluas-luasnya. Jadi, kita mesti bahkan wajib buat beberapa persediaan untuk menyambut tetamu agung ini.
            Kalaulah ada orang tak kira sahabat ke, kawan ke nak datang bilik kita pun kita dah kemas2, sapu2, lipat2 kain baju yang bertimbun2, susun2 buku dan fail yang berterabur, inikan pula tetamu yang sudah pasti datangnya membawa 1001 kerahmatan buat ummat manusia. Jika kita tak bersedia menyambutnya, maka kita bakal tertinggal! Tertinggal dari gerabak menuju ke jalan bahagia yang hakiki! Na’uzubillah.

PERSIAPAN-PERSIAPAN  MENYAMBUT  RAMADHAN 

1. Persiapan Ilmu/Pemahaman (Tsaqafiyah)


2. Persiapan Hati (Nafsiyah)
- banyakkan munajat hati kepada Allah agar dipanjang umur kepada Ramadhan tahun ini, berdoa memiliki hati yang bersih dan segar mengingati Allah. Tidak lupa, kuasai berbagai masalah dalam fiqh puasa.

3. Persiapan Ruhiyah

4. Persiapan Jasmani/Fisik (Jasadiyah)

5. Persiapan Harta/Finansial (Maliyah)

6. Persiapan Agenda Amaliyah
- Diantara amaliyah yang perlu ditekankan adalah qira’atul Qur’an, mempelajari dan menghafalnya serta mengajarkannya, qiyamullail, I’tikaf, shadaqah, memberi makan dan umrah Ramadhan.

RAMADHAN…BULAN KEBERKATAN, BULAN TAUBAT, BULAN JIHAD

Abu Sa'id al-Khudri berkata: Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, Allah akan jauhkan wajahnya dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan."[Riwayat Bukhari (2840) dan Muslim (1153)]
“Berapa banyak orang berpuasa, tidak mendapatkan sesuatu pun dari
puasanya kecuali lapar. Dan berapa banyak orang yang shalat malam, tidak
mendapatkan sesuatu pun dari shalatnya melainkan hanya bergadang” [HR Ibnu Majah]

Wahai kaum Muslim! Wahai orang-orang yang lahir dan dibesarkan di lingkungan kalimat La ilaha illallah! Ramadhan akan datang sebentar lagi. Kalau dahulu, Ramadhan itu seringkali berlalu begitu saja, sekarang gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya. Jadikanlah ia sebagai alat untuk membebaskan dirimu dari api neraka dengan cara bertaubat, minta ampun, memperbanyak zikir, tahlil (mengucapkan La ilaha illallah), tasbih, tahmid dan membaca Al-Qur'an. Hidupkanlah rumahmu dengan ayat-ayat Allah yang terang. Jauhkan nyanyian yang membinasakan dan melalaikan kamu dari mengingati Allah SWT.


- mula menyimpan duit untuk berinfaq/ bersedekah dibulan ramadhan bukan menyimpan duit untuk berbelanja besar untuk hidangan berbuka puasa sehingga meja dipenuhi juadah.
- persiapkan kesihatan diri agar berjaya menghantar kita ke bulan ramadhan. dengan melatih diri berpuasa di bulan sya'ban sebenarnya melatih jasmani dan rohani kita lebih kuat spy 1Ramadhan ini tidak dilalui dengan lesu, lemah, letih hingga banyak tidur dan tidak larat.Sedangkan pahala2 kebaikan dibulan ramadhan tidak tergantikan oleh bulan2 lain.
- bertaubat, nekad nak isi setiap masa dengan zikrullah dan merindui kedatangan bulan ramadhan mubarak.
-baca, cari, ilmu2 berkaitan dengan Ramadhan, Rajinkan kaki melangkah seminar, kuliyyah or apa2 saja majlis ilmu yang berkenaan Ramadhan untuk meningkat syu'ur berpuasa di bulan Ramadhan. Kadang2 ramai yang tak tahu kehebatan bulan ramadhan menyebabkan ramai yang melaluinya dengan mendapat lapar, dahaga dan lesu semata2.
Sekeping hati yang merindui keberkatan Ramadhan-Mu,
Zizi Azlinda Mohd Yusof.

Oh! Tarbiah Dzatiah



Betapa kita wajib bersyukur kerana masih dipelihara Allah SWT hidup dalam udara iman dan Islam. Namun, semakin hari hati orang-orang islam hari ini kian dilanda  tsunami kegersangan iman. Ummat Islam sebenarnya hidup dalam iman yang sangat lemah. Bahkan kesihatan iman terlalu sakit dan kering sekiranya sudah berani berbuat maksiat terang-terangan. Saban hari, suara iman meronta-ronta minta diisi dengan makanan jiwa dan minuman tarbiyah islamiyyah.

Masalah Sebenar kita
Cuba kita ’pause’ sejenak...kita duduk bersama-sama sekejap dan beriman sejenak. Masya Allah! Kita ingat apabila kita sudah berada bersama-sama bersahabat dengan orang-orang yang berada di dalam proses tarbiyah islamiyyah, kita sudah masuk di dalam ’mesin’ tarbiyah tetapi mengapa amal ibadah kita semakin tenat? Solat kita semakin tidak khusyuk, Al-Quran kita tidak sampai satu juzuk sehari, zikir kita semakin berkurangan, doa yang kita baca selepas solah pun sekadar baca tidak memohon kepada Allah Taala sepenuh hati.

Melihat kepada dahsyatnya fenomena lemah iman hari ini, sebenarnya ia mendorong kita supaya memerhatikan setiap hari dan setiap detik kedudukan dan kesihatan hati dan jiwa kita. Sejauh mana dekatnya kita dengan Allah? Tidak dapat dapat, untuk tidak terperangkap dari sumur futur (lemah) kita mestilah melalui beberapa proses. Proses itu ialah dengan meningkatkan tarbiyyah imaniyyah dan tarbiyyah ruhiyyah yang mana boleh dirasai dan dihayati masuk menyerap ke dalam lubuk nurani apabila berlakunya proses tarbiyyah dzatiah.

Takrifan Tarbiah Dzatiah
Tarbiyyah dzatiah ialah tarbiyyah nafsiah yang mana hanya diri sendiri yang melalui proses tarbiyyah itu walaupun perit, pahit dan sakit proses itu tanpa pantauan dari murabbi atau mas’ul ataupun naqib. Kita sendiri yang kena paksa diri bangun solat pada malam hari, kita sendiri yang membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya tanpa ada paksaan atau pantauan naqib dan naqibah. Sememangnya jalan tarbiyyah ini sungguh getir laluannya namun penghujungnya menjanjikan kemanisan yang hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang betul-betul masuk di dalam proses tarbiyah islamiyyah.

Ketahuilah, betapa pentingnya tarbiyyah dzatiah terhadap setiap jiwa-jiwa yang tunduk kepada tarbiyyah islamiyyah. Menyedari hanya ada dua pilihan sahaja tiada yang ketiga iaitu samada tarbiyyah islamiyyah ataupun tarbiyyah jahiliyyah sahaja, tiada tarbiyah campur-campur, kita perlu melakukan proses tarbiyyah dzatiah di dalam diri kita.
Kenikmatan tingginya ruh ber’ubudiyyah kepada Allah Taala hanya dapat di rasai oleh orang-orang yang merelakan dirinya masuk ke dalam proses tarbiyyah dzatiah. Orang-orang yang tunduk kepada proses tarbiyyah ini amat sukar dikalahkan oleh bisikan syaitan dan nafsu. Mereka tidak mudah futur malah hubungan mereka dengan Allah SWT semakin subur mewangi. Namanya harum di kalangan penghuni langit meskipun mereka bukanlah insan-insan yang disanjung di muka bumi.

Objektif Kehidupan Kita

Menyedari objektif agung kewujudan kita di muka bumi ini untuk memakmurkan dunia ini dengan kalimah ikhlas, la ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah, moga-moga dengan merelakan diri melalui proses tarbiyyah islamiyyah kita berjaya pulang kepada Allah dalam keadaan Allah redha kepada kita, dalam keadaan visi dan misi kita tercapai.

Aduhai teman-temanku, marilah kita harungi proses tarbiyyah islamiyyah harakiah ini dengan kekuatan iman, ukhuwwah dan persediaan-persediaan zahir (senjata). Ingatlah, andai kita mengundur diri dari medan dakwah dan tarbiyyah ini maka Allah akan gantikan kita dengan orang-orang yang lebih ikhlas dan lebih bersedia dari kita. Renungilah ayat Allah:
 )) لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ(( [التوبة : 42[

Maksudnya: Kalaulah (yang kamu seru kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang ditujui itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, ”jikalau kami sanggup nescaya kami berangkat bersamamu”. Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta. (AL-Taubah:42). Wallahu’alam bissawab. Astaghfirullahal’azim.

Perkongsian:
Zizi Azlinda Mohd Yusof

Bukan Orang Alim Saja Perlu Tarbiah


Masya Allah! Tiada ungkapan yang mampu diucapkan apabila telinga ini menangkap berita-berita mengenai masalah kehancuran akhlak anak-anak muda hari ini. Perasaan terkejut mencekik aliran nafas ini apabila remaja berusia sepuluh tahun sudah tahu melakukan zina dan rogol mengganggap ia sebagai permainan sebagaimana dipelajari ketika bermain game di dalam komputer. Dalam dunia yang kononnya diiktiraf tingginya tamadun sains dan teknologi hari ini, berlambak-lambak ’game’ atau permainan yang direka lalu dimuatkan ke dalam komputer dan internet. Secara tidak sedar, sebenarnya game yang benar-benar mencabar ketinggian sebuah maruah peradaban ummah terlalu banyak. Salah satu daripadanya ialah game mengenai  bagaimana proses zina dan rogol.
Astagfirullahal’azim! Seorang teman bercerita kepada penulis, yang dia ada terbaca surat khabar yang melaporkan, seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun selepas bermain game yang menghina agama itu mangajak adik perempuannya yang berumur lima tahun untuk bermain zina atau rogol sebagaimana yang dipraktikkan dalam game tersebut. Alangkah rosaknya ummah jika sedari kecil sudah dimomokkan dengan serangan-serangan saraf yang tidak disedari oleh manusia. Idea siapakah ini yang mempunyai matlamat untuk merosakkan anak bangsa. Merujuk kepada berita itu, si anak perempuan menceritakan kepada ibunya apa yang telah dilakukan oleh abangnya. Kini, anak seusia sepuluh tahun yang masih tidak kenal lagi erti kehidupan ditahan di dalam pusat pemulihan dan dia sendiri tidak tahu apakah kesalahan yang dia telah lakukan menyebabkan dia terpaksa dibawa tinggal di tempat yang mana bukan rumahnya sendiri.
 Kembali kepada diri kita sendiri, apakah usaha kita ke arah memadam projek pemusnahan maruah dan identiti sebagai hamba Allah yang taat. Tidak dapat tidak, wajiblah ke atas mereka yang telah diberi kefahaman islam bangkit memerangi masalah-masalah keruntuhan akhlak dan sahsiah islam segenap cara. Allah Taala sudah pasti akan menyoal kita apakah usaha kita dalam memelihara sangkar dunia ini dari najis-najis kemungkaran? Apakah kita hanya mendengar dan mengeluh sahaja. Apakah kita hanya membincangkan isu-isu ummah ini kemudian balik ke bilik dan tidur dalam keadaan puas hati? Apakah kita hanya mengumpulkan isu-isu ini dan menangisi ia beramai-ramai? Apakah cukup hanya pemberita dan wartawan melaporkan dari hari ke hari dalam berita perdana, buletin utama, berita terkini dan dibincangkan di dalam forum-forum dan sebarang diskusi kemudian pulang ke rumah dengan semangat dan kesedaran hanya untuk sehari dua? Sudah tentu tidak bukan? Ya, sudah tentu tidak! Selaku manusia yang punya visi dan misi menegakkan kalimah Allah di alam ini, wajiblah ke atas kita berbuat sesuatu yang boleh membersih kemungkaran yang melata sekarang dengan tangan kita, tangan orang mukmin. Persiapkanlah dirimu wahai orang-orang beriman untuk menyerahkan dirimu kepada proses tarbiyah islamiyyah atau pendidikan acuan islam.
                  صِبْغَةَ اللّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدونَ [البقرة : 138[      
Maksudnya : (( Acuan Allah. Siapa yang lebih baik acuannya selain daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah))                                                                                               
                Perlunya kita kepada proses tarbiyah islamiyyah tidak dapat dinafikan lagi.
Proses tarbiyah tidak lain mahu mencetak manusia yang mempunyai fikrah atau pemikiran islam yang sebenarnya bukan yang bercampur-campur dengan doktrin-doktrin barat seperti Liberalisme, Sekularisme, Hedonisme, Materialisme dan Rasionalisme. Pemikiran atau ideologi seperti yang disebutkan terlalu merajai alam ini namun Pencipta alam ini telah berjanji bahawa akan sentiasa ada golongan yang akan menegakkan syariat-Nya dan mencegah kemungkaran.
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ [آل عمران : 110[
Maksudnya : ((Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang bermain, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq))
Betapa manusia hari ini ramai yang tidak menyedari bahawa diri mereka kehilangan sebutir permata berharga sebenarnya. Itulah Tarbiyah Islamiyyah. Tujuan dari proses tarbiyah islam juga untuk membentuk individu muslim iaitu mukmin sadiq (orang beriman yang sebenar). Al-Imam Hasan Al-Banna mengkhususkan istilah ’sodiq’ lantaran betapa ramai manusia yang mengakui beragama islam dan beriman kepada Allah tetapi tidak muncul dalam realiti beriman seperti yang Allah kehendaki.
Wahai manusia, marilah sama-sama kita memperjelaskan aqidah kita dengan bermula dari jiwa kita sendiri. Kenalilah Tuhanmu nescaya kita akan kenal hakikat kehidupan yang berliku ini. Hakikat diri kita, hakikat tujuan dijadikan dan hakikat ke mana kita akan pergi selepas kehidupan di atas dunia fana’ ini. Marilah bersama kita fahami profil mukmin sebenar agar hidup yang kita lalui sehari-hari bermakna dan diberkati Allah Taala.
Bagaimana untuk memproses diri kita agar menjadi mukmin sodiq? Persoalan ini sepatutnya dilontar oleh setiap insan yang ingin berubah dari kehidupan yang rosak dan kelam kepada kehidupan yang lebih  baik. Justeru, duhai manusia ketahuilah kalian bahawa kita tidak boleh ’skip’ dari satu sunnah Rasulullah SAW yang telah terbukti berjaya melahirkan tokoh-tokoh dunia yang sehingga hari ini termaktub nama, jasanya dan kisah hidupnya di dalam sejarah kegemilangan peradaban manusia. Sunnah itu ialah HALAQAH. Melalui kelompok-kelompok kecil yang dianggotai oleh beberapa orang duduk bersama-sama dan berdiskusi tentang permasalahan iman yang mana disebutkan oleh Al-Ustaz Mustafa Masyhur sebagai semulia-mulia permasalahan. Bukan hanya sekadar berbincang, tetapi perbincangan yang diiringi dengan perubahan diri sesungguh-sungguh hati dalam rangka memburu keredhaan Allah Taala. Hasilnya, lahirlah jati diri Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Faruq, Uthman dzun nurain, Ali karramallahuwajhah, Abu Dzar Al-Ghifari, Mu’az bin Jabal, Mus’ab bin Umair, Abdullah ibn Umar, Bilal bin Rabah dan seribu tokoh lagi yang berperibadi Mukmin Sodiq.
Walaubagaimana pun, proses tarbiyah tidak berhenti setakat mengikuti halaqah semata. Seorang murabbi berkata, DAKWAH itu ialah sebahagian dari proses tarbiyah. Jadi, tarbiyah tanpa dakwah tidak sempurna lagi. Begitu juga sebaliknya. Kedua-duanya perlu ada dalam proses tarbiyah islamiyyah barulah hidup sebuah keseimbangan. Dakwah islam perlu masuk ke segenap lapisan masyarakat tidak kira tua muda, kaya miskin, agama, bangsa malah seluruh alam. Mengenangkan gejala-gejala sosial semakin hebat kedengaran di serata tempat dan masa, apabila dakwah dan tarbiyah menguasai sesebuah tempat, maka tiadalah najis kemungkaran dan kejahilan yang berlaku apalagi di kalangan anak-anak islam. Mereka terlalu suci untuk mendapat tempias-tempias jahilyah yang direka oleh barat untuk merosakkan akidah, akhlak dan peribadi seorang muslim.

Zizi Azlinda binti Mohd Yusof.  

Mengapa Susah Bangun Pagi?



Betapa sedih jika bangun dari tidur untuk solat subuh, jam menunjukkan sepuluh minit atau lima belas minit lagi pukul 7.00 pagi!  Ya Allah, Subuh tidak solat lagi! Tanpa membuang masa, langkah terhuyung-hayang mengambil berus gigi dan ubat gigi menuju ke bilik air lantas membersihkan diri dan mengambil wuduk.  Setelah solat subuh dilaksanakan, hati yang takut kepada Allah bermuhasabah tanpa paksaan. “Mengapa aku bangun lewat hari ini? Patutlah, aku tidak menjaga adab tidur semalam!” atau “Dosa apalah agaknya aku buat semalam yang memberatkan aku bangun lewat hari ini?” “Oh, inikah sahsiah seorang Muslim yang sebenar?” atau “Andai kata ada panggilan jihad sebelum subuh tadi, pasti aku orang yang paling rugi kerana terlepas peluang memburu pahala jihad!”. Ya Allah…Seolah-olah terpadam pelangi keceriaan pada hari itu.


1.      Dosa pada Siang Hari Memberatkan Badan

Muhasabahlah, dosa apalah agaknya yang kita lakukan semalam sepanjang siang hari? Memang dosa yang kita lakukan meskipun dosa-dosa kecil mampu memberatkan untuk dari bangkit dari pembaringan. Cuba renungkan, mungkinkah dosa kita menyakiti hati kawan? Menyimpan perasaan hasad dengki terhadap kelebihan dan kegembiraan insan lain? Berasa ujub dan takabbur dengan diri sendiri? Bila kita mula sedari dosa-dosa yang kita lakukan itu samada sengaja atau tidak sengaja, adakah kita bersegera beristighfar (astaghfirullahal’azim) dan beristi’azah (a’uzubillahi min al-syaitanir rajim)?


2.      Tidak Ada Persediaan Tidur Yang Baik

Rasulullah s.a.w menunjukkan ikutan yang baik dalam setiap lapangan kehidupan, membuktikan bahawa Islam itu indah! Daripada manusia itu membuka matanya dari tidur hinggalah memejamkannya semula, telah diterangkan gaya hidup seorang Muslim. Sewaktu hendak tidur, beberapa persediaan hendaklah dilakukan agar tidur kita pada malam hari menjadi ibadah kepada Allah Taala seperti berdoa dengan tiga Qul, ayat kursi, doa sebelum tidur, mengucap dua kalimah syahadah, bacaan al-Mulk dan al-Kahfi sebelum tidur, tidak berwudhuk dan tidak bersiwak. Antara hikmah lain, apabila membaca doa sebelum tidur, ialah jasad anak Adam akan dijaga oleh para malaikat Allah, Insya Allah.

3.      Tidak Memasang Nekad Melawan Nafsu.

Kemahuan dan keinginan itu menjadikan seorang manusia itu hebat. Nafsu mempunyai beberapa darjat iaitu ammarah, lawwamah dan mutmainnun. Nafsu ammarah dan lawwamah adalah jenis nafsu yang tidak baik manakala nafsu mutmainnun adalah jenis nafsu yang baik. Begitulah pembahagian peringkat-peringkat nafsu yang telah digariskan oleh ulama Islam.(masukkan footnote). Contoh nafsu mutmainnun seperti rasa tamak untuk berbuat kebaikan dan kebajikan. Bangkit mendirikan solat tahajjud pada malam hari yang hening, tanpa dilihat oleh manusia lain merupakan nafsu mutmainnun. Ia mendidik keikhlasan beribadah hanyasanya kepada Allah SWT. Justeru, sukarnya bangun tahajjud sebenarnya membuktikan tiada nekad yang benar-benar bulat untuk berjuang melawan kegilaan nafsu dan pujuk rayu syaitan. 

4.      Tidak Ada Ilmu Tentang Kehebatan Tahajjud.

Ilmu hujjah dalam kehidupan. Manusia tanpa ilmu akan sesat. Ilmu ibarat imam dan amal itu adalah makmumnya. Betapa urgensinya kepentingan mencari ilmu ditekankan sejak awal-awal lagi dalam Islam melalui perutusan wahyu pertama kepada Rasulullah SAW iaitu surah al-‘Alaq yang berbunyi:

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menjadikan manusia dari segumpal darah, Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia, Yang Mengajar manusia dengan pena, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”                                                                         (Surah al-‘Alaq 96: 1-5) 

Tahajjud satu ibadah yang disyariatkan Allah Taala, padanya

5.      Tidak Niat Bangun Solat Tahajjud.

Niat tempatnya di dalam hati. Hati merupakan wadah jatuhnya titik pandangan Allah SWT ke atas manusia. Mukmin akan diganjari pahala apabila terdetik untuk melakukan kebaikan meskipun tidak sempat dilakukan lagi. Bagaimanapun, niat yang ikhlas adalah niat yang dituntut Allah ke atas hamba-Nya. Bukannya niat yang tidak disertai dengan pembuktian amalan daripada si hamba. Maka, bertitik tolak dari ini, marilah sama-sama kita memperbaharui niat untuk bangun solat tahajjud. Dengan mengetahui kelebihan dan kehebatan kesan solat tahajjud kepada si pelakunya, akan membuatkan manusia itu sentiasa rindu untuk menjadi tetamu Allah ketika manusia lain lena diulit mimpi.

Sahabat Umar bin Khathab r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya semua amal disertai niat.
 Dan suatu perbuatan yang dilakukan seorang sangat tergantung pada niatnya. Barangsiapa berhijrah karena hendak mencari keridhaan Allah dan rasul-Nya, tnaka keridhaan Allah dan rasul-Nya pulalah yang akan dijumpai. Dan barang-siapa berhijrah karena hendak mencari kekayaan dunia atau karena wanita yang hendak dinikahi, maka apa yang diUiju itulah yang ditemuinya." (HR. Bukhari dan Muslim).
 YaAllah, golongkan aku dan keluargaku sebagai ahli fajar yang Dikau berkati! Amin.



Nyah Kau Malas!!!


“Ya Allah, malasnya nak pergi kelas!”
“Arrgghh!!! Malasnya nak masuk pejabat!”
“Banyaknya baju tak basuh, berbaldi-baldi. Bilalah rajin nak membasuhnya?”
“Keciknya tulisan buku ni, makin buat aku malas nak baca!”
“Aku nak menulis, membaca, cari maklumat tapi malasnya! Esoklah!!!”

Keluhan-keluhan yang biasa kedengaran dari bibir segelintir manusia yang diberi fakulti akal yang hebat, anggota badan yang sempurna dan kemudahan yang pelbagai di kiri dan kanannya. Namun masih sayangkan sikap malas yang berkurung di dalam diri. Tidak mahu menjadikan malas itu musuh utama untuk dibenamkan sedalam-dalamnya ke dasar bumi atau ke tengah-tengah lautan. Bahkan, bukan sahaja perlu dibenamkan masalah malas itu, malah wajib ke atas insan menghapuskannya sebelum ia menjadi darah daging. Tiada perkataan malas di dalam kamus seorang muslim. Apatah lagi bagi seorang penyeru manusia ke jalan Allah. Sesungguhnya, malas melemahkan ’himmah’ seorang Muslim Musleh. Apabila tidak dihalang dari merebaknya racun kemalasan dan kelemahan ini, maka lihatlah maruah Islam tercemar dan tercalar di sana sini.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Tiga, malas mempunyai dua maksud:
1. Tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lawan rajin: aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini;
2. Tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya

Mengikut takrif Little Oxford Dictionary Thesaureus ‘lazy’ bermakna : “Unwilling to work or use energy; done without effort or care”.

Ertinya: Tiada keinginan untuk bekerja atau menggunakan tenaga atau membuat kerja tanpa usaha atau perapian.

Merebaknya penyakit malas ini sebenarnya memberi kesan yang negatif terhadap hasil kerja seseorang. Pelajar-pelajar boleh gagal di dalam peperiksaan. Pekerja-pekerja boleh dibuang kerja sedangkan anak isteri di rumah kelaparan. Muslim yang malas juga akan menempelkan wajah yang buruk dan busuk terhadap imej islam. Apabila penyeru-penyeru di jalan Allah juga berbajukan malas, mereka akan menemui titik kerugian yang akan disoal Allah di mahkamah-Nya kelak. Na’uzubillah!

Kuat atau lemahnya seseorang itu terselindung di sebalik darjah kemalasan masing-masing. Saksikanlah! Para Nabi dan pengikut-pengikut mereka yang taat dan teguh imannya tidak sesekali membiarkan virus malas menguasai diri. Bahkan, mereka tidak ada masa untuk melayan perasaan malas. Mereka menyeru kepada Allah tidak kira pagi, petang, sakit, sihat, sempit atau lapang. Mereka tidak jemu-jemu membetulkan akidah kaum mereka biarpun kaum mereka malas melayan seruan yang Maha Benar itu.

Renungkanlah! Jiddiyahnya para utusan Allah hingga sikap malas tidak mengenali mereka. Sepatutnya, begitulah kita! Rasulullah SAW qudwah terbaik sepanjang zaman. Tidak melekat walau setitik dakwat kemalasan pada pakaian baginda. Baginda sungguh rajin dan amanah menyampaikan kebenaran dari Tuhannya. Siapa lagi insan yang layak kita ikuti dan contohi kalau bukan Junjungan Agung ini, Muhammad bin Abdullah. Baginda meninggalkan kita jejak-jejak yang amat manis untuk kita kutip dan amal.

Kadang-kadang penuh tertampal kata-kata motivasi di dinding bilik tidur kita. Tidak kurang pula ada yang diberi kelebihan memberi nasihat kepada orang lain. Namun, virus malas masih jadi penunggu yang setia di dalam diri. Apakah puncanya? Apakah penawar kepada penyakit malas ini?

Punca-punca malas
Antara punca-puncanya:-
1)    Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan ini
2)    Tidak memperbaharui niat untuk cemerlang
3)    Membiarkan diri agar terjerumus ke dalam gaung kemalasan
4)    Tidak punya semangat atau motivasi yang jitu untuk mengejar misi
5)    Berkawan dengan mereka yang suka main-main dalam kerja
6)    Tidak berdoa untuk diberi kekuatan rajin dan semangat

Nyah kau malas!!! Tetap Bagaimana menghalau kemalasan?
Justeru, apakah penawar kepada racun malas ini? Mungkin boleh kita kongsikan bersama ilmu di bawah berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan kajian penulis. Senang sahaja. Penawarnya ada pada kita sebenarnya. Cuma kita tidak tahu menilai racunkah ia atau ubatkah ia?

PERTAMA: PERLU ADA MATLAMAT YANG JELAS DAN TEPAT

Seorang penembak tahu sasarannya di mana. Pemanah juga sangat sensitif dengan arah tuju yang patut ia halakan. Pemburu juga sangat arif mangsa buruannya. Jadi, apabila punya matlamat, manusia itu akan bangkit melihat dengan tajam ke mana harus ia tuju, di mana harus dia berhenti dan apa yang hendak dia capai. Seorang muslim mukmin perlu sedar matlamat hidupnya ialah beribadah kepada Allah Taala di mana sahaja dia berada dan apa sahaja yang dia lakukan. Berfirman Allah di dalam surah al-Dzariyat ayat 56;-
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ [الذاريات : 56[
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”

Inilah matlamat termulia dan tertinggi seorang hamba Allah. Setiap muslim perlu tahu bahawa kejadiannya ada matlamat yang hendak dituju. Kelahirannya bukan tujuan main-main seperti yang dirakamkan di dalam surah al-Mukminun ayat 115;-

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثاً وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ [المؤمنون : 115[
“Apakah kamu kira Kami menjadikan kamu(untuk tujuan main-main) dan sesungguhnya kepada Kami kalian akan dikembalikan”

Bagi pelajar, mereka perlu ada target setiap kali menjelangnya peperiksaan. Target yang bersifat operasional dan logik. Tidak perlu terlalu mendadak meletakkan matlamat yang terlalu tinggi hingga melemahkan motivasi untuk menggapainya. Meskipun begitu, ia berubah mengikut orang. Ada juga yang lebih suka meletakkan matlamatnya setinggi bintang di langit, kerana terdetik dihatinya moga tersangkut di awan biru”.

Seorang lelaki merancang untuk berkahwin. Perlukah ditetapkan waktunya? Siapakah orangnya? Apakah ciri-ciri wanita yang bakal bersama-samanya melayari bahtera kehidupan bersama-samanya? Apabila sudah ditetapkan semuanya, nescaya seorang lelaki yang bertanggungjawab akan berusaha untuk memenuhi tuntutan syarak ini. Begitu juga dengan wanita. Bukankah matlamat itu akan mendorongnya bekerja lebih keras?

Begitu juga dengan pekerja samada baru hendak mencari kerja atau sudah lama bekerja. Malah bagi seorang yang sudah bekerja, motivasi perlu lebih tinggi kerana kerajinan mereka menjadi ’asbab’ untuk sesuap nasi. Mungkin motivasi terbaik yang perlu di letakkan ialah “HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM!”

KEDUA: PERBAHARUI NIAT SETIAP PAGI
Perkara ini jarang diambil berat. Niat di pagi hari amat penting bagi seseorang. Seorang muslim sepatutnya mengambil masa walau sekejap selepas solat subuh berfikir dan perbaharui niat mereka. Pagi-pagi yang dilalui perlu dilalui dengan niat yang ikhlas dan murni untuk menjadi seorang hamba yang cergas dan kuat. Tidak lembik dan lemah. Selalu tidur dan buang masa tanpa tujuan. Niat akan memandu gerak geri kita setiap hari.

“Hari ini, aku nak perbanyakkan zikir dan fikir!”
“Hari ini, aku nak jadi seorang yang paling baik!”
“Hari ini aku tidak mahu banyak tidur dan banyak makan!”

Insya ALLAH, dengan niat yang ikhlas, Allah Taala akan bimbing dan pandu kita kepada matlamat kita walaupun ujian dan godaan datang menghalang untuk menguji keikhlasan niat kita. Allah akan menunjuki mereka yang hajatkan kebaikan.

KETIGA: PERANG BESAR DENGAN MALAS 
’Mind setting’ amat mustahak dalam peperangan besar ini. Minda perlu berperanan mengaktifkan peperangan besar ini. Bagaimana musuh yang kita isytihar perang besar dengannya sewenang-wenangnya boleh mengalahkan kita dalam perlawanan itu? Pelik. Kita sendiri yang mengaku kalah? Membiarkan musuh kita pula yang menumbuk-numbuk, membelasah, menyepak terajang kita tanpa kita membuka sebarang pencak silat kita? Pencak motivasi kita yang berapi-api dibiarkan padam. Kita bakal berasa parah dan barah jika dibiar darah ’menangguh-nangguh kerja’ membuak-buak keluar dari badan kita. Seorang Muslim apatah lagi seorang penyeru di jalan Allah tidak boleh membiarkan hal ini terjadi ke atas diri mereka. Mereka adalah pemimpin alam ini. Mereka harus perang besar dengan kemalasan. Bagaimana mahu jadi pemimpin dunia jika malas mengkaji dan membangunkan manusia sekeliling? Jadi, kita sudah tiada masa. Sekarang waktu kecederaan. Ummat Islam perlu isytihar perang besar dengan malas!

KEEMPAT: MEMBACA BAHAN-BAHAN MOTIVASI DIRI
Membaca satu habit yang mulia. Apabila kita membaca, buku atau tulisan itu seolah-olah sedang berbicara dengan kita. Carilah buku-buku yang membina keyakinan diri dan boleh menaikkan semangat kita. Membaca mampu menghadiahkan kita hasil yang positif andai kita mengamalkan sungguh-sungguh apa yang ditulis. Kadang-kadang apabila membaca bahan-bahan muhasabah diri, ia mampu membuatkan air mata mengalir. Setelah air mata dikesat, motivasi untuk buat yang terbaik akan hadir, Insya Allah.


KELIMA: TEKAN BUTANG MOTIVASI DALAM DIRI
Setiap orang ada butang-butang motivasi tersendiri. Ada orang dengan membaca buku dan bahan-bahan motivasi, melihat warna-warna yang ceria, bina slogan motivasi di dalam diri, ingat perit jerit orang tua berkorban demi kejayaan kita. Sebaik-baik butang motivasi bagi seorang muslim ialah Allah dan Rasul-Nya. Bukalah Al-Quran, carilah ayat-ayat penenang jiwa. Insya Allah akan dijernihkan kekeruhan di jiwa nan lara.

KEENAM: MENCARI KAWAN-KAWAN YANG BERMOTIVASI
Hidup kita memerlukan manusia lain dan manusia lain juga memerlukan kita. Insan-insan yang beriman di sekitar kita amat memainkan peranan untuk menghidupkan hati yang mati dan lesu. Dengan melihat atau berbincang dengan sahabat-sahabat yang punya motivasi dalam hidup mereka sebenarnya boleh menempiaskan inspirasi kepada kita juga. Melihat caranya berjalan, belajar, bercakap dan berfikir mampu menggerakkan sel-sel semangat dalam diri kita. Jadi, usah berlengah lagi. Carilah dan berkawanlah dengan mereka yang punya motivasi bukan dengan mereka yang suka tidur dan makan sahaja.

KETUJUH: BERDOA, SOLAT DAN SABAR
Doa adalah senjata mukmin. Tiadalah perisai bagi seorang muslim andai tidak dibekalkan dengan senjata doa. Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 45;-

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ [البقرة : 45[
Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat”
    (Surah al-Baqarah 2: 45)

Doa merupakan tempat pergantungan, pengharapan dan permohonan seorang hamba kepada Tuhannya. Kadang-kadang pelbagai usaha kita pertaruhkan untuk mendapatkan sesuatu hingga kadang-kadang kita terduduk menangis. Tiada lagi motivasi singgah di dalam diri. Letih dan lesu. Rupa-rupanya, insan itu terlupa dan terkurang doanya kepada Yang Esa. Terlupa dia untuk berdoa agar dikurniakan kekuatan dan semangat yang berpandukan kefahaman yang jelas. Jadi, banyakkanlah berdoa. Andai hati kita tengah lemah, mohonlah ditukar hati yang lebih hidup dan boleh menghidupkan hati orang lain.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ [البقرة : 186[
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan  orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah  mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran”
  (Surah al-Baqarah 2: 186)

Doa memohon dijauhkan dari kelemahan dan kemalasan:
اَللَّهُمَ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ, وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ العَجْزِ وَالْكَسَلِ, وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالبُخْلِ, وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدِّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut dan aku berlindung kepada-Mu daripada lilitan hutang dan tekanan orang” (Hadith Riwayat Abu Daud)

Sekadar perkongsian untuk diri yang selalu lupa.

Zizi Azlinda Mohd Yusof.