Friday, July 3, 2015

Powerful Tips for the Last 10 Nights ~ by Syeikh Tawfique Chowdhury

Powerful Tips for the Last 10 Nights - by Sheikh Tawfique Chowdhury :

1. Do not let your 'performance' until now affect your last 10 days. The moment of forgiveness could be today or anytime in the coming days! It is not all lost! If you sincerely wish it could have been better - Chin up and get ready to make it your best yet! Start with a positive, sincere intention!

2. Today, take a little time to read the Tafseer of Surah al-Qadr to understand what actually happens this night! You will feel its power & greatness so much more!

3. Do not wait for the 27th Night to give it your "all". The entire last 10 days should be your target. Stay up each night! Would you want to miss Laylatul Qadr even "by chance"?

4. Do not fall into any innovations/celebrations any masjid or culture might try to promote. Follow the Sunnah! The Prophet (sallAllahu 'alaihi wa sallam) guided us simply: "Whoever stays up and prays on Laylat al-Qadr out of faith and in the hope of reward, his previous sins will be forgiven.”

5. Memorize and keep asking the dua' taught by Rasulullah (sallAllahu 'alaihi wa sallam): Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibb al-‘afwa fa’affu ‘anni (O Allaah, You are forgiving and You love forgiveness, so forgive me).

6. Prepare a short dua' list. Remember this is as awesome as it ever gets for a servant of Allah! The Night of Qadr, of Destiny! Consciously pick each and everything you crucially wish for in this dunya, in your deen, family, and in your aakhirah! Don't forget to include the brothers and sisters around the world who are suffering and in grief!

7. Take brief naps during the day, if possible. Keep your stomach light and sleep as soon as you have prayed 'isha. Do not delay! After a brief nap, refresh yourself and get. ready for worship.

8. Don't neglect your family! Rasulullah made it a point to wake up his wives throughout these nights! And yes, your children are not too young to stay up some part of the night - if they can be allowed to play video games or watch TV, they can be inspired to be up atleast for sometime! Prepare them, make them excited, plan some activities for them to do!

 9. Look the Part: The way we dress and prepare.has a big effect on our psychology. Wear your best, perfume yourself, and feel the energy!

10. Choose a spot, whether in the Masjid or in your home, where you can have peace and solitude. Keep your mushaf, praying mat, and water at hand so that you are not distracted by constantly getting up for this or that.

11. IMP: This is not the night to tweet pics or update FB statuses about how amazing the night is and how you are feeling & worshipping Allah! Let that be a secret between you & your Rabb! So switch off those phones, wifi, laptops and computers. Disconnect with the world, and connect with al-'Afuww!

12. If you find yourself feeling sleepy, vary your acts of worship. Alternate between qiyaam, heartfelt dua'a, reading the Qur'an. Do not spend the night listening to lectures or recitations. Or do it only for a short while when you feel the sleep coming on!

13. Patience is the Key: The last 10 days might be tiring. You might still have work or school. This is the time to bear all that hardship, and keep firm sabr. Think how Allah has blessed you with this tremendous opportunity that might NEVER come again in your life again. If you knew for sure that this was your last Ramadan , if you knew certainly that Jannah was up for grabs, wouldn't you sprint for it no matter what it takes?

14. This is most important: Keep husn adh-dhann bi Allah (good expectations from Allah). When you ask, remember you are asking the Most Generous King. If you hope for the best, He will give you the best. Don't hold back. Trust in Him, pour out your heart in front of Him, and let no doubt, no barrier, no evil thoughts keep you away from ar-
Rahman, ar-Raheem!

Allahumma ballighna layl atal qadr.

Thursday, July 2, 2015

Seluar Bersalin MamaPride


Satu perkembangan yang sangat bagus untuk muslimah sementara menanti benar-benar wujud hospital-hospital yang mesra aurat mengikut syariah sepenuhnya. Muslimah-muslimah bolehlah berusaha menutup aurat dengan mendapatkan seluar bersalin menutup aurat. Boleh dapatkan dari adik saya melalui FB dia Zeanaaima :) call atau mesej atau wassap 019-2799061.


SYABAS MAMAPRIDE! :)

Jika berminat, boleh hubungi:

FB : Zeanaaima 
call atau mesej atau wassap : 019-2799061

With Love

Ajarlah al-Fatihah kepada anakmu



Lepas saya baca kata-kata al-Qari Syeikh Ahmad al-Ajami ini, timbul perasaan 'tamak' nak ajar anak-anak semua ilmu yang kita tahu.

Dan,

Lepas baca ia, makin KUAT nekad, bahawa saya sendiri yang MAHU mengajar anak mengenal huruf-huruf al-quran, membaca al-Quran, hafaz al-quran, hayati al-quran dan amalkan content of the Quran.

Jom kita tengok terjemahannya smile emoticon

"Jangan biarkan sesiapapun mendahului kamu dalam menjadikan anak kamu hafaz surh al-Fatihah kerana dia akan solat bersama dengannya sepanjang hidupnya," (pent:setiap kali dia baca al-fatihag, kita akan dapat saham)

Jom buka akaun akhirat dengan ajarkan anak paling kurang surah al-fatihah.

heart emoticon With Love heart emoticon

Ibu bapa yang suka meminta maaf


Apabila kita bermain dgn anak-anak kita, kita melompat, geletek2 anak dan tertawa bersama-sama anak-anak kita. Mereka bahagia dan gembira sangat.
Mereka sebenarnya mahu lihat ayah dan ibu mereka tersenyum dan ketawa. Mereka mahu ibu dan ayah mereka gembira dan suka-suka bersama mereka.
Hanya momen itu yang mereka dambakan daripada kita, duhai ibu dan ayah mereka. Hargailah kegembiraan dan keletah yang mereka buat sekarang kerana gelak tawa mereka hari ini mungkin tidak akan berulang lagi suatu hari nanti. Sebak nya frown emoticon
Jadi, walau kadang2 kita emosi dan termarah anak-anak, si kain putih kita, apa salahnya kita meminta maaf semula daripada mereka. Syoknya anak-anak yang punya ibu dan ayah yang suka meminta maaf setiap kali termarah.
Anak-anak, sumber pahala berterusan buat kita, thank you Allah sebab beri peluang kpd kita menuai pahala sabar tika anak mengamuk, sabar tika ketiga-tiga anak menangis dan meragam serentak dalam satu masa, sabar tika anak sedang menyepahkan rumah sebab exploration mereka.
With Love heart emoticon

Susah hati anak orang lebih cepat dari anak kita?


Kita perhatikan, kita terlalu suka compare life kita dengan life orang lain smile emoticon
Biasa sangat, ibu-ibu susah hati apabila tengok anak orang lain lagi 'cepat' dari anak kita smile emoticon (Lainlah kalau anak kita lain macam cthnya authisme or mmg doktor sahkan ada penyakit atau sakit dari kecik).
Saya nasihatkan kpd diri sendiri dan shbh2 semua, usah cemas dan jeles jika anak kita lambat dari anak orang lain.
Sebab?
Sebab ada hikmah lain yang kita x tahu, membuatkan kita selalu tend to compare our children with others.
contohnya:
1. "Kenapa ye anak kita lambat berjalan? Anak dia, 8 bulan dah berlari,"
Usah bersedih hati, tahukah kita, mengikut pakar kanak-kanak, lagi lama bayi itu merangkak, lagi bagus sebab semua anggota tubuh badan anak itu bergerak. Otaknya akan semakin cergas dan cerdas! smile emoticon

2. "Kenapa anak kita x tumbuh gigi lagi. dah 8 bulan dah. anak dia tumbuh gigi masa umur 6 bulan,"
Usah bersedih hati, tahukah kita, menurut doktor kanak-kanak, gusi kanak-kanak itu kuat! smile emoticon

3. "Kenapa la anak kita x boleh bercakap lagi, dah 4 tahun dah, anak dia 9 bulan dah pandai sebut ummi, abi..."
usah bersedih hati, tahukah kita, antara otak kanan dan otak kiri ada satu 'bridge' bernama corpus colosum. bila anak kita lmbt bercakap, maknanya bridge 'corpus colosum' tu x build up at complete lg. bila bridge x complete lagi, maknanya, otak KANAN anak masih mendominasi. dan tahukan orang yang berotak kanan majoriti yg mampu jadi anak yang PINTAR? mmg ada kajian, orang yang berotak kananlah yang ramainya jadi leader of the world. sebab tu, byk kaedah sperti glenn domen, robert titzer, sichida method yang ajar parents spy kembangkan otak KANAN anak? jika anak kita masih tergagap-gagap lagi bercakap, senyumlah Allah bagi peluang untuk kita develop right brain anak. tapi, janganlah sampai x ajar bercakap pula. maksudnya, kita still ajar anak-anak sebut word yang betul tapi jgn gusar jika anak x leh susun ayat dgn betul sebab kdg2, sedang dia bercakap satu benda, bercampur dengan idea lain yang tak terluah nak cerita kat kita smile emoticon

4. "kesian anak kita x ada iPADs, tablet nak main. main dengan pasir, rumput je,"
usah bersedih hati, tahukah kita peringkat anak2 berotak kanan masih kuat atau dominasi, makin banyak mereka bermain dengan pasir, rumput, buih akan merangsang deria rasa mereka. dan mereka akan tumbuh sebagai anak yang peka berbanding dgn gadget canggih hari ini:)

5. seorang ibu yang menerapkan dwilingual atau multilingual kpd anak2 mrk mungkin berkata, "anak saya lmbt bercakap"
usah bersedih hati, sebab anak dwilingual mmg akn lmbt sikit bercakap tapi at 1 point, dialah anak yg dapat byk skill drpd mum dia smile emoticon

sekadar perkongsian ibu anak 4 drpd pemerhatian, pengalaman dan pembacaan....

minta maaf jika tersilap.
usah mengeluh dan terus menghukum anak kita, teruskan jihad mendidik, mendidik dan mendidik.
heart emoticon Salam Sayang heart emoticon

Saya, keputihan dan GBS



Saya mengalami keputihan sejak dari alam persekolahan menengah lagi. Ketika itu, saya tidak tahu apa itu keputihan? Dan kesannya yang serius akan ibadah solat dan waduk kita. Keadaan berlarutan sehingga universiti. Warna keputihan itu semakin kuning, koko dan kelabu. Sudah tentu ia membuatkan vagina gatal, berbau dan tidak selesa. Namun, saya tidak pernah 'google' cara penyelesaiannyan kerana menganggap tidak akan membawa kepada masalah lain.

Setelah berkahwin, keputihan masih ada. Semasa mengandung anak pertama dan kedua juga masih keluar keputihan itu. Cuma, yang membuatkan saya risau sedikit kali ini ialah cara rembesannya berlainan sedikit terutama semasa mengandung anak kedua. keluarnya keputihan seperti keluar air kencing. Laju, banyak sangat dan warna kuning. Bahkan, semasa solatpun keputihan itu keluar dengan laju sehingga terbit rasa keliru. air kencingkah? haidkah? keputihankah?

Ketika itu, saya berada di perantauan. Syria. Semasa ujian pemeriksaan bulanan antanatal, Doktor Ghufran al-Hissan, doktor perempuan arab yang baik hati itu mengatakan bahawa, itu normal bagi ibu-ibu mengandung. Sesetengah ibu-ibu akan kengalami perkara itu. Namun, jika saya berasa bimbang lagi, Dr Ghufran menawarkan untuk membuatkan swab vagina untuk memastikan apakah ia bahaya atau tidak. Sementelah mendengar keputihan itu biasa dan normal bagi wanita mengandung, saya kemudiannya menolak tawarannya dek tidak mahu membayar lebih. Biasalah hidup di negara orang, bukannya ada duit sangat pun.

Sekembali dari Syria ke Malaysia, Allah izin saya mengandung lagi anak ketiga. Perkara yang sama berlaku. Oh, keputihan lagi. Setelah berlaku sakit kontraksi, air ketuban pecah berwarna kuning dan berbau hanyir. Doktor cakap air ketuban sudah bernanah sebab warna kuning. Dipendekkan cerita saya ke hospital berdekatan dengan tempat penginapan kami sekeluarga ketika itu iaitu Petaling Jaya. Dipendekkan cerita lagi, saya terpaksa dibedah atas beberapa faktor. Pengalaman terburuk dalam hidup seorang wanita apabila terpaksa bersalin secara pembedahan.

Alhamdulillah, lahir seorang putera dengan berat 3.2kg. Bayi saya perlu dimasukkan ke NICU kerana sewaktu keluar dari perut saya, dia tidak menangis. Doktor risau dan terus ditolak ke NICU. Ujian darah saya dan anak dibuat mendapati rahim saya dijangkiti virus GBS.

Apabila saya bertanya kepada doktor apakah punca GBS, doktor hanya bagitahu, dalam dunia ini, 20%-50% wanita memang ada GBS. Dan virus GBS hanya menyerang wanita mengandung sahaja. hurmm..saya tidak berpuas hati dengam jawapan tersebut. Sebab saya nak tahu apakah puncanya?
Saya google and buat research sendiri.

GBS atau nama penuhnya group beta streptococcus. Sejenis bakteria sama seperti bakteria candida. Ya, candida itu keputihan yang biasa. Tetapi GBS pula keputihan yang ada pada ibu-ibu mengandung! That's it! Rupa-rupanya puncanya adalah keputihan!

"GBS, or Group Beta Streptococcus, is an colonization that affects many people and around 1/4 to 1/3 of women in the third trimester of pregnancy. Many people carry this bacteria in their digestive systems with no problem, but it can cause complications in a newborns of mothers who are colonized." (http://wellnessmama.com/8680/avoid-gbs/)

Kepada kaum hawa di luar sana, berhati-hatilah. Apabila keputihan kita luar biasa dan abnormal, ia boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih bahaya.

Bahaya ke GBS?

Secara ringkas, apa yang saya dapat dari beberapa url western tersebut GBS BOLEH MEMBAHAYAKAN NYAWA SI ANAK yang baru lahir. Anak boleh stillbirth (mati walaupun berjaya dilahirkan)! Pengalaman saudara kepada ipar saya, ketika kandungannya berusia 5-6 bulan, dia sudah melahirkan anaknya tetapi sayangnya bayi tersebut meninggal. Setelah dibuat pemeriksaan, doktor mengesahkan ibunya dijangkiti GBS juga. Si ibu langsung tidak mengetahui bahawa dia ialah pembawa GBS.

  1. "However, there's a small risk that GBS can pass to the baby during childbirth. Rarely, GBS infection in newborn babies can cause serious complications that can be life threatening. Extremely rarely, GBSinfection during pregnancy can also cause miscarriage, early (premature) labour or stillbirth. "(www.nhs.uk/chq/pages/2037.aspx?categoryid=54)
Natural Remedies of GBS.

Saya lebih berminat merawat sendiri jangkitan bakteria GBS tadi secara natural healing. Saya mengamalkan beberapa tip yang diberi seperti berikut yang diperolehi dari website wellnessmama.com.

  • Took 2,000 mg of Vitamin C in divided doses each day
  • Consuming 2 cloves of raw garlic each day by finely mincing them and drinking them down with water
  • Consuming at least 1/4 cup of coconut oil daily for its antibacterial/antiviral properties
  • Using a diluted apple cider vinegar rinse vaginally each day
  • Taking 6+ probiotic capsules a day
  • Consuming large amounts of fermented foods and drinks
  • Using a garlic clove vaginally for one night (anecdotal evidence supports that this is very effective)
  • Consuming soda with warm water daily and using it as a diluted rinse. (this is from my friend's idea.)
Lihatlah bagaimana keputihan memberi kesan buruk kepada hidup wanita yang terlibat. Nasihat saya, jagalah pemakanan kepada mereka yang mengalami keputihan. Hindari gula putih, boleh ganti dengan stevia atau gula perang yang asli, gula perang organik, molasses. Amalkan vco a.k.a minyak kelapa dara setiap hari dan amalkan juga diet probiotic.

Jujur saya katakan, setelah saya mengamalkan gaya pemakanan seperti yang saya beritahu itu, saya membuat test swab vagina dan doktor mengesahkan saya bebas GBS. Alhamdulillah. sejak saya mengamalkan diet probiotik, saya tidak lagi mengalami keputihan alhamdulillah.

Bertindak untuk masa depan yang lebih bahagia:)

Saturday, June 27, 2015

Apabila serumah dengan Ipar duai





Uniknya wanita! Diciptakan dengan begitu teliti oleh Yang Maha Teliti, Allah Jalla wa ‘Ala. Dipelihara kesucian diri dan diangkat martabat diri wanita dengan penetapan secara khusus aurat dan adab dirinya sehingga wanita yang memelihara aurat diri akan dikenali dan dihormati lantas tidak diganggui. 

Aurat Wanita Menurut Empat Mazhab Fiqah

Menurut Ulama Damsyiq, Dr Wahbah Zuhaily (1985, Jilid 3, 561-564) di dalam kitabnya yang  masyhur Fiqh Islam wa Adillatuhu, seputar subtopik ‘Lelaki Melihat Perempuan’, kesimpulan tentang had-had aurat wanita yang  boleh dilihat dan haram dilihat oleh lelaki bolehlah dirangkumkan sebagaimana jadual di bawah:
Kategori wanita
Isteri dan hamba perempuan
Wanita yang mahram mu’abbad dikahwini bagi lelaki samada disebabkan nasab, perkahwinan atau susuan; Ibu, Ibu saudara, Ibu mentua, adik/kakak perempuan.
Wanita ajnabi (asing) yang boleh dikahwini, wanita mahram muaqqat; wanita yang tiada pertalian darah, sepupu, ipar duai dan keluarga angkat.
Batas-batas aurat wanita yang dilihat lelaki
Ittifaq Jumhur Ulama:
J  Tiada aurat antara suami dengan isteri dan terhadap hamba wanita. Dibolehkan melihat dan menyentuh seluruh badan isteri/hamba wanita termasuklah faraj menurut ittifaq mazhab meskipun sesetengah pendapat mengatakannya makruh.
1.       Mazhab Hanabilah:
J  Harus melihat anggota badan wanita yang biasa terzahir seperti kepala, rambut, leher, wajah, tapak kaki dan tangan.
L  Tidak boleh melihat yang tersembunyi seperti dada dan belakang wanita terbabit.

2.      Mazhab Hanafiah:
J  Kawasan yang harus dilihat oleh seorang lelaki: wajah, kepala, dada, dari lutut ke tapak kaki dan dari siku ke bahu.
L  Kawasan yang tidak boleh dilihat: Perut dan belakang.

3.      Mazhab Malikiah:
J  Harus melihat wajah dan kakinya sahaja.

4.      Mazhab Syafi’iah:
J  Qaul 1: Seorang  lelaki baligh harus melihat tanpa syahwat kepada wanita mahram muabbad anggota badannya kecuali dari lutut ke pusat.
L  Jika timbul rasa syahwat apabila melihat selain dari lutut ke pusat, haram hukumnya.
L  Qaul 2: Seluruh badan aurat kecuali dua tapak tangan dan wajah.
1.       Mazhab Hanafiah + Mazhab Malikiah:
J  Haram melihat seluruh  badan wanita ajnabi  kecuali wajah dan tapak tangan sahaja.
J  Jika tidak aman dari fitnah, maka tidak boleh melihat wajah wanita ajnabi tersebut kecuali dalam  keadaan darurat sahaja.
J  Boleh melihat wajah dan tangan orang tua tetapi tidak digalakkan kepada para pemuda  melihat wajah dan tangan wanita ajnabi kecuali pada beberapa keadaan darurat sahaja.  

2.      Mazhab Syafi’iah+ Mazhab Hanabilah:
J  Haram melihat kepada wanita ajnabi termasuklah wajah dan tangannya. Hukum ini dituju kepada lelak                   i baligh dan berakal samada tua atau dewasa, khunsa, meskipun dia lemah daya seksualnya, aman dari syahwat atau disertai rasa syahwat.
J  Menutup wajah (memakai purdah) wajib disebabkan ianya maslahah am.
J  Al-Qadhi ‘Iyadh berpendapat: Menutup wajah (memakai purdah) tidak wajib tetapi sunnah dan orang lelaki wajiblah menundukkan pandangannya dari melihat wanita.   

Dalil aurat wanita

1.      Surah  al-Nur 24: 31
“dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
2.      Surah al-Nur 24: 60-61
“dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; Dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

3.      Menurut satu hadith dari Aishah, pernah kakaknya Asma’ datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan pakaian yang nipis. Rasulullah s.a.w. dengan segera memalingkan mukanya dan berkata: “Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah baligh, dilarang membuka bahagian badannya kecuali muka dan tangan.” (Abu Daud)
Aurat wanita dengan ipar/sepupu yang tinggal serumah VS ipar/sepupu yang tidak tinggal serumah
“Kitakan satu keluarga, janganlah sampai tidak bersalam atau pakai tudung atau pakai stoking semasa berziarah sesama anak-beranak?! Biar mati anak, jangan mati adat!” Kata orang-orang  melayu Islam yang cetek ilmu agamanya. 

Ipar ialah saudara kepada suami atau isteri contohnya, abang, kakak atau adik kepada suami atau isteri. Ipar duai ini tergolong dalam mahram muaqqat (haram dikahwini bertempoh). Jika bercerai suami isteri, halal bagi bekas suami menikahi adik perempuan atau kakak isteri dan begitu juga sebaliknya.

Sepupu pula anak-anak kepada ibu dan bapa saudara yag mana Islam mengharuskan perkahwinan sesama sepupu.

Dengarkan baik-baik duhai saudara seislamku. Ada pesan Rasul s.a.w buat kita tentang batasan aurat dengan ipar duai. 

Daripada Uqbah bin ‘Amir bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Hati-hatilah kamu masuk kawasan (menemui) wanita. Seorang lelaki dari kaum Ansar berkata: ‘Ya Rasulullah, apa pandanganmu dengan hamwu (bagi wanita, kerabat dari sebelah suaminya seperti bapa mentua, adik-beradik lelaki suaminya, bapa saudara suaminya dan begitulah sebaliknya bagi lelaki)? Rasul menjawab: ‘Hamwu itu maut!’” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini bermakna, ipar duai tergolong dalam al-hamwu dan wanita perlu lebih berhati-hati menjaga diri dan aurat ketika berada dalam satu rumah kerana fitnah bersama al-hamwu lebih besar dan merbahaya.
Hukum asal (azimah) aurat antara wanita dan lelaki ajnabi ataupun mahram muaqqat samada memperlihat atau bersalaman semasa perayaan dan sebagainya ialah haram. Malangnya, kebanyakan orang Islam bermudah-mudah dengan hukum ini dek kejahilan yang menguasai.

Bolehkah membuka tapak kaki hingga ke buku lali dan sedikit bahagian lengan apabila tinggal serumah dengan ipar duai dan sepupu?

Beralasan memudahkan urusan kerja di dapur seperti membasuh pinggan mangkuk dan keluar masuk bilik? Ya, di sini jelas sekali kepelbagaian mazhab fiqah dari ahli sunnah wal jamaah meleraikan musykilah.
Bagi yang bermazhab Hanafi, memang ijtihad mereka bahawa kaki tidak termasuk aurat kerana kesukaran untuk menjaganya. Namun, ulama syafi’iah yang lebih terkenal dengan sikap lebih teliti dan berhati-hati menetapkan kaki wanita masih termasuk aurat dalam apa keadaan sekalipun. 
 Bagaimanapun, jalan keluar untuk permasalahan ini dinukilkan daripada ulama bermazhab Syafi’iah seperti Dr. Wahbah Zuhaily (Jilid 3, 563) bahawa “apa yang dihalalkan kerana darurat mengikut kadarnya”.  Juga, Dr. Abdul Karim Zaidan (Al-Mufassol, Jilid 3, 200) dalam mentarjihkan (memilih pendapat paling kuat) mengatakan, “hendaklah ditutup kaki dari ajnabi tetapi boleh disingkap sekiranya terdapat hajat/keperluan seperti wanita kampung yang turun ke sawah bendang atau wanita fakir miskin yang tiada kasut untuk dipakai.” 

Jadi, fahamlah kita bahawa diberi keringanan (rukhsah) membuka aurat kaki dan menyingsing sedikit lengan semasa membasuh pinggan mangkuk jika wanita tersebut tinggal serumah dengan ipar duainya atau sepupunya berdasarkan kaedah fiqhiah:

Al-masyaqqah tajlibu al-taisir (kepayahan  membuka kemudahan)

Khusus kaki dan sedikit lengan sahaja…

Keringanan ini terbuka kepada kaki dan sedikit lengan sahaja. Adapun, kepala dan rambut wajib ditutup. Wangian haram dipakai kerana ia boleh menjentik syahwat ipar duai mahupun sepupu yang menetap serumah. Khalwat atau berada berdua sahaja di dalam sebuah rumah antara seorang wanita dengan iparnya atau sepupunya tetap tidak dibolehkan kerana ia bakal mengheret kepada masalah syahwat yang lebih ganas sehingga boleh berakhir kepada zina. Semua situasi di atas berdasarkan kaedah usul fiqh:
Saddu al-zaraa’i (Menutup pintu-pintu keburukan)  

Sebagaimana ittifaq jumhur ulama, perintah hukum asal iaitu wajib menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan terus berlaku ke atas ipar duai atau sepupu-sepapat yang tidak tinggal serumah dengan wanita terbabit. Contohnya, sewaktu berziarah saudara-mara terutama meraikan perayaan atau kenduri-kendara seperti menghidang air untuk tetamu, wanita wajiblah menutup batasan aurat seperti yang dijelaskan di atas.    

Dalam kecanggihan globalisasi dan dunia tanpa sempadan, umat Islam diterjah kekeliruan dan kejahilan. Yang sepatutnya ditutup, dibuka dan ditayang. Yang wajib dijauhi, didekati bahkan disentuh dan dinikmati. Semuanya akibat larut dalam kejahilan agama, malas mengkaji dan tidak sampai seru lagi!

Zizi Azlinda Mohd Yusof

CELIK MATA HATI






Situasi 1

Apabila pulang ke rumah dari tempat kerja, kepenatan masih terasa walaupun sepanjang hari bekerja di dalam pejabat berhawa dingin. Selepas menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak, badan direbahkan di atas sofa sambil menonton rancangan televisyen. Muncullah rancangan-rancangan yang pelbagai. Hidangan kepada akal dan hati. Sayangnya, kebanyakan rancangan yang diatur banyak mengandungi serangan-serangan saraf yang boleh mengikis keimanan kita kepada Allah SWT. Namun, ramai manusia menonton dengan mata kasar tetapi tidak dengan mata hati.

TV A, pelakon wanita dan lelaki berani beraksi menyalahi syariat Islam. TV B, rancangan-rancangan yang kononnya cuba memaparkan realiti kehidupan metropolitan mendorong manusia berkata, “Inilah cara hidup kami!”, “Inilah realiti hidup masyarakat Kuala Lumpur!” Pelakon pula berkata, “Dah pengarah suruh berlakon macam itu!”, Sekarangkan dah moden, kami boleh pakai apa yang kami suka!”

Walaupun sedang menonton televisyen, sepatutnya fikiran sentiasa berfikir apa yang patut dilakukan untuk merawat krisis iman yang berleluasa hari ini. Apabila melihat bangunan, pokok, kayu, sungai, manusia, haiwan, serangga dan juga benda-benda yang tidak bernyawa, hatinya terus berzikir mengingat Allah Pencipta apa yang ada di langit dan di bumi.

Pembaca-pembaca yang budiman, serangan jahiliah melalui teknologi terlalu bahaya kerana ia menyerang minda, akal, hati dan prinsip kita. Lihatlah dengan mata hati yang beriman. Bukan sekadar bergelak ketawa bersama kawan-kawan dan keluarga semasa menonton TV tetapi fikir apa usaha yang telah dibuat untuk mengubah arus jahiliah moden ini. Aib-aib jahiliah umat islam sekarang semakin menebal. Setiap sudut menyerang iman dan taqwa Muslim semahu-mahunya! Inilah target musuh Islam. Mereka mahu umat Islam beramal dengan Islam separuh-separuh sahaja. Tidak perlu Islam keseluruhan! Cukuplah nama sahaja ala-ala Muslim. Tidak perlulah bersusah payah membina diri menjadi individu Muslim yang boleh mengembalikan kegemilangan Islam.  

Situasi 2

Seorang suami yang diminta membeli buah tembikai di pasar. Dia mendapatkan buah yang masak ranum. Setibanya di rumah, isterinya gembira melihat buah tembikai yang dibeli oleh suaminya. Apabila dibelah, tembikai itu tidak boleh dimakan kerana isinya sudah buruk.Isterinya marah-marah kerana menyangka suaminya tidak memilih dengan baik semasa hendak membeli.

Si suami kemudian bersuara, “Sekarang, aku ingin bertanya kepadamu, adakah kamu sangka aku mahu membeli tembikai yang buruk untuk keluargaku?”
Isterinya menjawab, “Tidak !”

“Jika ditanya kepada penjual tadi, adakah dia mahu menjual tembikai yang buruk-buruk?”
Isterinya menjawab, “Tidak.”

“Jadi, adakah kamu marah kepada Pencipta tembikai ini?” Si isteri terdiam mendengar soalan berbisa itu.

Jadi, terimalah ketentuan ini. Allah izin aku mengambil buah tersebut yang kusangka baik. Sedarlah, jika Allah menghendaki sesuatu, tiada siapa yang dapat menghalangnya.” Isterinya kemudian meminta maaf dengan suaminya dan berterima kasih kerana mengajarinya melihat sesuatu dengan hikmah. 

Pembaca-pembaca yang dirahmati Allah, marilah kita cermati setiap yang berlaku dengan mata hati agar hidup kita tenang!

CELIKLAH MATA HATIKU!