Thursday, November 10, 2016

Homeshcool: Learn From Nature

Assalamualaikum wrth.

Fuh! Fuh! Tiup sikit blog yang dah lama tak terjengok. Hurm...hari ini entah kenapa terdetik di hati nak sharing dan simpan kenangan di nota blog ni. Tentang pelajaran homeschooling semalam punya cerita. So far, saya bekerja dari rumah setelah berhenti kerja sebagai pensyarah di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis. Kenapa berhenti kerja? Panjang ceritanya. Pendek cerita sebab saya dalam proses nak sambung belajar. Adooi tua tua pon nak belajar lagi ka? Bagi la can kat anak2 pulak...haish, saya sambung ni sebab anak2 jugak lah. Nak bagi manfaat pada Islam umumnya. Peace✌๐Ÿ˜

Ok. Ok.

Xmo merapu banyak.

So, aktiviti semalam tercetus di fikiran ummi ni untuk buat outdoor eksperimen dengan little ulama ummi yang 4 orang ini. Alhamdulillah, anak-anak apa lagi sangatlah menyukai aktiviti luar begini. Bebas. Fresh. Tak statik.

Tajuk pelajaran hs kita hari Khamis (9/11/2016) ialah BELAJAR DARI ALAM berdasarkan TADABBUR SURAH AL-'ALA: 4-5. Ummi mengambil idea dari fb Dr Anayasmin Azmi. Terima kasih Dr๐Ÿ˜€

Yang pertama, kesemua tentera Allah ni kena bawa plastik utk letak spesimen dalam tu.

Tugasannya; setiap orang kena cari 7 jenis daun yang berbeza jenis dan letak dalam plastik itu. Mujurlah garden nenek ni banyak pokok bunga. So, diorang sangat semangat dan happy mencari dedaun yang dimaksudkan.

"I got it, ummi" begitulah jeritan setiap kali berjaya kumpul.


Mereka juga diminta mencari pohon beserta dengan akar. Ummi banyak tolong diorang masa ni. Ummi cabut anak pohon berakar tunjang dan berakar serabut. Alhamdulillah dapat☺

Semua seronok dah dapat spesimen daun daun dan pohon berakar yang ditugaskan.

Ok, lesson seterusnya, kami buka al Quran surah al-'ala ayat 4-5 untuk mengaitkan daun dan ciptaan Allah.

Melihat kepada ayat 4-5 di atas, cerita pasal rumput (ุงู„ู…ุฑุนู‰). Kemudian, ayat 5 menunjukkan rumput2 tu akan bertukar menjadi kehitam hitaman setelah ia mati.

Lesson: ummi suruh mereka perhatikan kronologi daun. Oh ya mereka juga diminta mencari daun kering. Ingin menerangkan kepada merka yang setiap hidup pasti ada kematian. Sama juga dengan manusia. Bermula dari baby > kids > youngster > adult > old man > die to meet Allah.



Ummi bagitahu anak2, Allah Yang menghidupkan dan mematikan kita semua. Berdasarkan surah al-'alaa 4-5.

Lesson yang kedua pasal akar. Akar pohon yang banyak jenis. Tapi ummi amek dua jenis. Dan ummi pon x sempat nak google banyak jenis. Just gtaw yang basic sahaja dulu kat diorang.

Kami belajar semalam;

1. Akar tunjang (taproot)
2. Akar serabut (fibrous root)

Functions of the root x masuk pon lagi. Takpe nex time.



Dengan penuh keinsafan dan ketakjuban dengan kejadian Allah, kami meneliti kejadian daun, pohon dan akar pohon. Meskipun tidak mendalam pelajaran kami pada petang itu, namun ummi bersyukur dan puas hati kerana mengaitkan keunikan ciptaan Allah dengan ayat suci al quran.

Lain kali, kita cover lagi ye tajuk ni. Insha Allah.

learn from nature๐ŸŒณ๐Ÿƒ๐ŸŒฟ๐ŸŒฑ๐ŸŒน๐ŸŒท


Sekian dulu, hingga berjumpa lagi.

Wassalam.

Mom love you all๐Ÿ˜

Ummu Abdillah.
(Zizi Azlinda)

No comments:

Post a Comment