Saturday, December 23, 2017

Bicara Seksualiti dengan Anak Kecil: Siri 1

Bicara seksualiti dengan Anak: Siri 1
===============================
Saya sebenarnya agak sibuk dengan kerja-kerja rumah sebagai pelajar Phd. Saya perlu menghadiri kelas research methodology dan kelas data analysis sem ini sebagai syarat defence proposal atau usim panggil qualifying test (QT).

Dalam kesibukan itu, agak sedih sebab aktiviti homeschool anak-anak agak terlari dari fokus.  😢

Tetapi saya akan pastikan mesti ada juga daripada tiada langsung.

Qaedah fiqhiyyah berbunyi:

لا يدرك الكل، لا يترك الكل
"jika tidak dapat diperolehi semua,  jangan tinggal semua"


Inilah buku Robo belajar tentang manusia.  Buku ni agak besar saiz dia.  Colorful.  Grafik kartun best.  Harga jual RM28.

Pelaburan yang sangat berbaloi kepada ibubapa yang segan silu nak ajar anak-anak tentang seksualiti kepada anak-anak. Even,  buku ni jadi panduan tentang seksualiti kepada anak kecil.

Ohya!  Penulisnya seorang doktor kanak-kanak bernama Dr Anayasmin.  Boleh follow beliau di Fb beliau.  Banyak sangat tips honeschooling yang beliau update everyday.  😊

Saya dan anak-anak baca dan hadam 2 topik je.

1. Perjalanan hidup manusia
2. Perbezaan badan lelaki dan perempuan

Topik 1: perjalanan hidup manusia


Saya terangkan kepada anak-anak, peringkat tumbesaran manusia.  Seorang bayi seperti Maryam, 8 bulan nanti akan membesar menjadi toddler.  Saya tanyalah,  which stage is am abi and umi now?. Diorang pun tanya saya,  which stage are they now? 

Pengajaran: kita semua akan tua dan akan meninggal dunia.  Kembali kepada Allah. Saya bagitahu,  one day,  i will become old,  my skin will be wrinkle.  "I dont want ummi die, " Kak Asma' lantas berkata.  Saya hanya mampu tersenyum sahaja.

Sekarang,  aktiviti keluar rumah cari daun.

Arahan:

1. Cari daun yang segar,  hampir layu,  layu/kering.

Maka,  seronoklah diorang keluar rumah mengutip dan memeriksa daun-daun seperti yang diarah. Budak-budak memang seronok belajar dengan alam kan?  Sense diorang pun peka sebab menyentuh, menyapu dan memetik dedaun. 😇

Setelah ditampal dedaun itu,  jeng jeng inila hasilnya.... ⤵

Koleksi aktiviti mengutip daun segar,  hampir layu dan layu/kering.


Hasil tangkapan Abang Mujahid
Hasil tangkapan Kak Asma'Al-Khansa'
Waktu begini meningkatkan bonding time antara ibubapa dan anak-anak.  Kadang-kadang,  saya terlalu sibuk dengan kerja saya,  bila dapat beraktiviti begini dengan anak-anak,  saya rasa puas hati.  😇

Kemudian,  saya sempat beralih ke topik kedua bertajuk batasan aurat antara lelaki dan perempuan.

Muka hadapan kepada topik kedua iaitu aurat.

Mukasurat menerangkan perubahan yang akan berlaku kepada anggota badan kita dari budak kepada dewasa.

Kita just baca sahaja apa yang penulis tulis dalam buku.  Memang la pada awalnya macam malu nak bagitahu anak seperti bulu-bulu akan mula tumbuh bila kita menginjak dewasa contohnya bulu roma,  bulu kaki,  buku ketiak dan bulu pada kemaluan.  Selepas tu,  bagi anak perempuan pula,  dada mereka akan membesar bila tiba masanya.  Memang segan nak bagitahu, anak-anak juga malu dan gelak-gelak.

Tapi,  saya emphasize yang siapa lagi akan bagitahu semua ini kepada diorang kalau bukan ummi?  I'm your ummi.  It's my responsibility to tell you all guys about this thing.

Diorang sokong apa yang ummi bagitahu.  Yeah,  ummi is our teacher!  

Alhamdulillah, selesai tugas ummi bahagian itu.  Nanti kita nak kena sambung lagi ye nak.

Saya memang recommend kawan-kawan beli juga buku tu.  Insha Allah sangat bermanfaat!

22 Disember 2017
11pagi.
Desa Anggerik,  Nilai.

No comments:

Post a Comment